Connect with us

Bayer Leverkusen

Bayern ‘menyerah kalah’ dalam perebutan Kai Havertz

Published

on

Uli Hoeness mengesahkan Bayern Munich tidak akan teruskan pemburuan mendapatkan pemain tengah Jerman Kai Havertz pada musim panas ini.

Havertz muncul sebagai salah satu bakat paling bersinar dalam bolasepak Eropah sejak mula membuat penampilan skuad utama Bayer Leverkusen pada 2016, dan kini sudah menjaringkan 45 gol dalam 148 penampilan untuk kelab dalam semua pertandingan.

17 daripada gol tersebut hadir dalam kempen 2019/20, dan dia juga menyumbang sembilan assists untuk membantu pasukan Peter Bosz menamatkan kempen Bundesliga di tempat ke-lima sementara turut mara ke pusingan seterusnya dalam Europa League.

Advertisement

Walaupun kontrak pemain berusia 21 tahun ini masih berbaki dua tahun lagi di Bay Arena, dia dijangka akan meninggalkan kelab pada musim panas ini di tengah-tengah spekulasi dan minat daripada beberapa kelab terbesar Eropah.

Kelab-kelab seperti Real Madrid, Juventus, dan Manchester United sudah dikaitkan dengan Havertz sejak beberapa bulan ini, tetapi kini Chelsea dipercayai Chelsea sedang mendahului persaingan mendapatkan tandatangan pemain ini selepas sudah mulakan perbincangan dengan Leverkusen.

Bayern juga dikatakan sebagai destinasi seterusnya untuk pemain antarabangsa Jerman ini pada awal tahun ini, dengan pemain legenda kelab Lothar Matthaus antara yang merestui perpindahan potensi untuk pemain yang sangat berbakat ini.

Walaubagaimanapun, juara Bundesliga ini sudah pun mengeluarkan €49juta untuk membawa masuk Leroy Sane ke Allianz Arena dari Manchester City, dan Hoeness tidak membayangkan melakukan dan melengkapkan satu lagi perpindahan besar dalam keadaan kewangan sekarang.

Advertisement
Uli Hoeness tidak menjangka ketibaan Kai Havertz ke Bayern musim panas ini

“Saya pasti selepas Leroy Sane tiada lagi perpindahan besar tahun ini,” Presiden kehormat Bayern memberitahu akhbar Jerman FAZ.

“Tidak ada kena-mengena dengan kualiti Havertz. Kami semua fikir dia seorang pemain yang sangat bagus.

“Tetapi dalam tempoh Corona ini selepas perpindahan hampir 50juta, saya tidak boleh bayangkan satu lagi [perpindahan] 70, 80juta melainkan kami melakukan counter-financing menerusi penjualan pemain..”

Apabila ditanya mengenai keputusan muktamad mengenai masa depan Haverts, ketua jurulatih Bosz memberitahu Deutschen Presse-Agentur pada hujung minggu lepas: “Saya tidak dapat beritahu.

“Mungkin panggilan penting akan diterima pada hari ini, mungkin minggu depan, mungkin tidak ada langsung.”

Advertisement

Dengan ini, Haverts akan bermain baki perlawanan musim ini bersama Leverkusen, yang masih bermain dalam Europa League (perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terakhir) menentang Glasgow Rangers pada hari Khamis nanti.