Connect with us

Barcelona

Bekas penyerang Barcelona, ​​Henrik Larsson kembali ke Camp Nou selepas 13 tahun.

Published

on

Alfred Schreuder dan Henrik Larsson bergabung dengan staf pelatih Koeman di Barcelona.

Bekas penyerang Barcelona, Henrik Larsson kembali ke Camp Nou untuk bekerja sebagai sebahagian daripada staff kejurulatihan Ronald Koeman.

Sebelum itu, bekas pengurus pasukan kebangsaan Belanda ini telah dilantik menjadi pengendali Barcelona selepas kelab tersebut memecat Quique Setien minggu lalu.

“Thanks to everyone for giving me a warm welcome here, back in Barcelona.” – Ronald Koeman

Tiga hari selepas perlantikan Koeman, laman rasmi Barcelona telah mengumumkan bahawa Henrik Larsson telah bersetuju untuk kembali ke kelab itu untuk bergabung dengan staf pelatih di bawah pengendali baharu, Ronald Koeman.

Bekas penyerang Sweden itu memenangi dua gelaran LaLiga, Supercopa de Espana dan Liga Juara-Juara selama dua tahun di Camp Nou sebagai pemain.

Larsson telah menjaringkan 22 gol dalam 62 penampilan di semua pertandingan tetapi aksi beliau yang mungkin paling dikenang dan diingati oleh peminat dan penyokong Arsenal adalah ketika bangkit dari bangku simpanan untuk membantu menghasilkan jaringan (assists) kedua-dua gol Barcelona ketika mereka mengalahkan The Gunners 2-1 untuk menjadi juara Eropah pada tahun 2006.

Advertisement
Larsson menghasilkan dua bantuan gol yang membantu Barcelona menewaskan Arsenal dalam aksi final Liga Juara-Juara 2006.

Bekas penyerang Celtic dan Manchester United, merupakan ketua jurulatih di Helsingborgs tahun lalu, telah menandatangani kontrak dua tahun di Camp Nou.

Turut menyertai Larsson untuk mengambil peranan di bawah Koeman adalah Alfred Schreuder, yang juga telah menandatangani perjanjian sehingga 30 Jun 2022 bersama gergasi Sepanyol itu.

Schreuder dilantik sebagai ketua jurulatih Hoffenheim pada Mac lalu, sebelumnya bekerja sebagai pembantu Julian Nagelsmann, tetapi dia dipecat pada bulan Jun.

Bekas pemain tengah Feyenoord itu menjadi pembantu Erik ten Hag di Ajax pada 2018-19 ketika pasukan Eredivisie mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan siri persembahan yang gemilang.

Mampukah Larsson bersama Koeman serta Schreuder mengembalikan kegemilan Barcelona?