‘Black Panther’ meninggal dunia.

Bintang filem blockbuster adiwira, ‘Black Panther’, Chadwick Boseman meninggal dunia pada Jumaat akibat kanser usus.

Boseman, 40-an tidak mendedahkan penyakit yang mula dikesan pada 2016 kepada umum dan terus membintangi filem hebat Hollywood.

“Ia adalah penghormatan kepada kariernya untuk membawa watak King T’Challa dalam Black Panther,” kata kenyataan yang disiarkan di akaun media sosial Boseman.

“Beliau meninggal di rumahnya dengan isteri dan keluarganya berada di sisinya.”

Boseman muncul adiwira kulit hitam pertama dalam filem francais Marvel, Black Panther 2018.

Filem yang berlatar belakang kerajaan fiksyen Wakanda, Afrika menjadi filem komik pertama dicalonkan untuk gambar terbaik dalam Oscar dan meraih lebih AS$1 bilion (RM4.17 bilion) di seluruh dunia.

Pada awal kerjayanya, Boseman memegang watak Jackie Robinson dalam filem 42 dan James Brown dalam Get on Up.

Baru-baru ini beliau muncul dalam drama perang, Da 5 Bloods dan bakal muncul dalam sekuel Black Panther dijadualkan pada 2022.

2Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply