Connect with us

Arsenal

Dari Brazil: Arsenal hubungi wakil pemain pertahanan, merancang untuk membuat tawaran dengan segera.

Published

on

Minat Arsenal terhadap pemain pertahanan Brazil, Gabriel Magalhaes kini dilaporkan oleh akhbar negara asal pemain itu.

Sebelum ini, kisah perpindahan pemain tersebut dilaporkan oleh beberapa media Eropah.

Dan pada Februari lalu, kami melaporkan dimana tawaran Arsenal terhadap pemain pertahanan itu yang beraksi bersama kelab Perancis, Lille telah ditolak.

Kemudian pada April 2020, kami sekali lagi melaporkan dimana Magalhaes turut menarik perhatian seteru London The Gunners iaitu Chelsea.

Advertisement

Ini menjadikan tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu, selepas Everton turut dilaporkan berminat.

Terbaru, laman web UOL membawa cerita hari ini yang mengatakan The Gunners adalah kelab terbaru yang menyertai perlumbaan untuk pemain pertahanan itu (walaupun sebelum ini terdapat kisah Arsenal mahukan pemain tersebut).

The Gunners dikatakan telah menghubungi wakil Gabriel Magalhaes dan merancang untuk memenangi perlumbaan (mendapatkan pemain ini) dengan membuat tawaran tidak lama lagi.

UOL mendakwa bahawa Lille telah menunjukkan keinginan mereka untuk mencari kesepakatan untuk pemain pertahanan itu dan akan menjualnya pada harga € 20 juta, dengan beberapa bonus tambahan untuk menjadikan perjanjian itu boleh mencapai € 30 juta.

Advertisement

Arsenal dikatakan sebagai kelab keempat yang menyertai perlumbaan untuk Gabriel Magalhoaes.

UOL menulis bahawa Napoli, Everton dan Manchester United semuanya telah bertindak lebih awal.

*Laporan sebelum ini (bersumberkan media Perancis mengatakan hanya tiga kelab Inggeris iaitu Arsenal, Everton dan Chelsea).

Kini laporan dari Brazil itu tidak menyatakan Chelsea, sebaliknya menambah Manchester United ke dalam senarai tersebut.

Advertisement

Everton telah memulakan rundingan pada bulan Februari, sementara Manchester United pertama kali menghubungi wakil pemain itu pada minggu lalu.

Dalam kes Napoli, menandatangani Magalhaes bergantung pada situasi Kalidou Koulibaly.

Koulibaly kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan ini mungkin menyebabkan media Brazil mengeluarkan The Blues dari senarai kelab yang berminat untuk mendapatkan pertahanan Lille itu.

Namun laporan UOL itu menyebut dimana Koulibaly mungkin berunding bersama Manchester City.

Advertisement
Kalidou Koulibaly

Perkembangan itu juga menyebabkan situasi menjadi genting dan sangat penting bagi The Gunners untuk membuat ataupun mengemukakan tawaran dengan segera.

Sementara itu, Arsenal turut dilaporkan semakin hampir untuk mencapai kesepakatan bersama Willian dalam perjanjian tiga tahun.

Laporan UOL