Connect with us

Ligue 1

Empat kes baru COVID-19 di Strasbourg

Published

on

Kelab Ligue 1 Perancis Racing Strasbourg telah mengesahkan empat kes positif baru virus corona di kalangan “organisasi profesional” kelab.

Kes-kes baru ini boleh mengganggu perancangan kempen baru Ligue 1 yang dijadual bermula lagi tiga minggu.

Kelab tersebut mengesahkan lima orang di kelab telah dijangkiti virus itu pada 29 Julai, mengumumkan pengesanan baru pada hari Selasa selepas menjalani ujian sehari sebelum.

Advertisement

“Ujian-ujian ini secara tidak baiknya mengesahkan apa yang kami takuti tetapi kami bekerja secara rapat dan ketelusan penuh dengan Regional Health Agency (ARS),” kata doktor pasukan Francois Pietra.

“Spesifik protokol pencegahan kesihatan sudah dilaksanakan oleh kelab dan kami akan melakukan setiap arahan yang dicadangkan oleh pihak berkuasa.”

Strasbourg memberitahu mereka yang telah dijangkiti telah diasingkan dan diberitahu untuk menjalani kuarantin.

Dan kelab sudah membatalkan perlawanan persahabatan menentang Reims pada Sabtu depan, sementara kempen liga teratas mereka dijadual bermula dengan menentang Loriet pada 23 Ogos.

Advertisement

Strasbourg menamatkan musim Ligue 1 musim lepas di tempat ke-10, kempen yang ditamatkan lebih awal pada bulan Mac dengan semua pasukan masih mempunyai baki 10 perlawanan untuk dimainkan dan kedudukan terakhir pasukan dalam liga ditentukan dengan mata per perlawanan kerana wabak penularan COVID-19.