Connect with us

Liga Europa

Europa League platform terbaik untuk pemain muda United – Ole Gunnar Solskjaer

Published

on

Ole Gunnar Solskjaer berazam untuk menjulang trofi Europa League pada penghujung pertandingan ini yang telah menjadi platform ‘sempurna’ untuk perkembangan Manchester United.

Solskjaer sangat berazam untuk memenangi pertandingan ini dan menjulang trofi pertama sebagai pengurus United – tetapi tekanan menghadapi perlawanan suku akhir menentang FC Copenhagen telah berkurangan setelah mendapat tempat ketiga liga musim ini dan berjaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Sementara setiap musim tanpa aksi bolasepak di pertandingan kelab tertinggi Eropah menjadi satu tamparan hebat buat gergasi Old Trafford ini, Solskjaer percaya kempen Europa League membantu perkembangan pasukannya.

Advertisement

“Kami memasuki musim ini dengan mengetahui Europa League boleh menjadi satu peluang hebat untuk kami mendapatkan trofi, pergi jauh dalam pertandingan ini,” katanya menjelang perlawanan kalah mati ini di Cologne.

“Tetapi juga untuk mendidik beberapa pemain remaja dan ia sempurna untuk kami.

“Saya fikir jika kami berada dalam Liga Juara-Juara musim ini – sudah tentu kami mahu berada di dalam Liga Juara-Juara – mungkin saya tidak mempunyai peluang untuk memainkan pemain seperti Brandon (Williams) dan Mason (Greenwood) – terdapat ramai pemain muda yang kini sudah mulakan langkah menuju ke arah karier yang fantastik.

Dua pemain remaja berbakat besar Manchester United: Mason Greenwood dan Brandon Williams

“Europa League boleh dijadikan seperti ini juga. Ia mengenai mengekalkan pasukan bersama, mempunyai kumpulan yang bekerja bersama dan memberi mereka peluang.

Brandon akan bermain perlawanan suku akhir Europa League. Ia satu pencapaian yang hebat untuknya musim ini dan sempurna untuk kami.”

Advertisement

Selepas menjelajah ke Belanda, Serbia, Kazakhstan, Belgium, dan Austria, United kini berada di Jerman dalam usaha mencari trofi ini dalam format baru lapan pasukan terakhir.

Akibat wabak virus corona, stadium-stadium kosong nanti akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan kalah mati di utara Rhine-Westphalia, di mana United memulakan pertandingan mini di pusingan suku akhir menentang FC Copenhagen di Colonge pada petang Isnin.

Pasukan United berharap dapat kekal di sana dengan Solskjaer berharap mereka boleh mara sehingga ke perlawanan akhir pada 21 Ogos.

“Saya fikir ia pelik dan bukan bolasepak seperti yang sepatutnya – saya fikir ia sudah berubah sedikit,” kata pengurus United ini.

Advertisement

“Sedikit semangat dan gementar dalam perlawanan telah hilang kerana peminat-peminat harus berada di sana. Tetapi saya perlu memberi arahan kepada pemain-pemain kami. Mereka mengendalikan situasi sangat baik dan saya tahu para peminat tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford dan menyokong kami.

“Kami hanya perlu cuba untuk mara sejauh mungkin dalam pertandingan ini, supaya mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk melihat para pemain.”

Advertisement