Jamal Lewis menjadi sasaran Liverpool

Liverpool dilaporkan berminat untuk menandatangani Jamal Lewis dari Norwich City musim panas ini.

Mereka mahu menandatangani pemain pertahanan ini sebagai pemain back-up untuk Andy Robertson.

Masih tiada tawaran rasmi daripada juara Liga Perdana Inggeris buat masa ini, tetapi kelab sudah tentu mahu memulakannya dengan tawaran £10juta.

Walaubagaimanapun, Norwich mencari tawaran sekitar £20juta sebelum membuat keputusan penjualan dan yakin akan mendapatkannya dengan Lewis masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya.

Perjanjian secara tunai dengan tambahan pemain mungkin dilakukan kerana Norwich difahamkan berminat dengan pemain bek kiri Yasser Larouci, yang sudah dibenarkan penjualannya oleh Liverpool.

Larouci merupakan sebahagian daripada kuota home grown, yang sangat penting untuk pendaftaran pasukan Liga Perdana Inggeris, jadi terdapat potensi situasi lebih kurang sama sepertimana Kevin Stewart meninggalkan Anfield untuk menyertai Hull City pada masa yang sama Andy Robertson menyertai Liverpool pada 2017.

Sebarang urusan berpotensi untuk Lewis lebih banyak bergantung dengan keinginan pemain kerana dia sudah bermain bolasepak pasukan utama secara kerap. Pemain berusia 22 tahun ini membuat 28 penampilan Liga Perdana Inggeris untuk Norwich musim lepas.

Head-to-head Jamal Lewis dan Andy Robertson
Head-to-head Jamal Lewis dan Andy Robertson

Dengan Andy Robertson sebagai pilihan utama bek kiri, tiada jaminan masa bermain di Anfield.

Liverpool agak ‘perlahan’ dalam pasaran pemain kebelakangan ini, hanya pemain muda Harvey Elliott dan Sep van den Berg, bersama penjaga gol Adrian sertai pada musim panas lepas, ditambah dengan kemasukan Takumi Minamino pada Januari.

Tetapi, Liverpool sedang mencari pemain back-up jangka masa panjang dan pemergian Dejan Lovren (ke Zenit St Petersburg) dan Adam Lallana (ke Brighton) bermakna kelab akan terlibat dalam banyak urusan perpindahan musim panas ini.

466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply