Atletico Madrid
“Kami tidak mempunyai alasan” Diego Simeone
Published
4 years agoon
By
AdamAizat19
Diego Simeone tidak mempunyai alasan dengan cara penyingkiran Atletico Madrid dari saingan Liga Juara-Juara, menegaskan pasukan sudah memberikan yang terbaik tetapi RB Leipzig berhak ke atas kejayaan ini.
Leipzig mengejutkan Atletico dengan kemenangan 2-1 di Lisbon pada hari Khamis selepas Tyler Adams menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan untuk membenarkan kelab Jerman ini mara ke pusingan seterusnya.
Joao Felix telah membatalkan gol pembukaan perlawanan Dani Olmo menerusi sepakan penalti, tetapi Atletico bergelut untuk menundukkan pasukan Bundesliga ini dan sering membuka jalan untuk pihak lawan melakukan serangan.
Akhirnya, kelab Sepanyol ini tumpas, dengan Adams merembat bola yang terkena pemain pertahanan Atletico lalu menerjah jaring, gol kemenangan Leipzig pada minit ke-88.
Dengan keputusan ini, kelab itu mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak penubuhan kelab hanya 11 tahun yang lalu.
Walaupun sudah tewas, Simeone mengucapkan tahniah kepada Leipzig kerana mara ke pusingan separuh akhir bertemu dengan Paris Saint-Germain.
“Kami sudah memberikan segalanya yang kami ada,” katanya kepada Movistar. “Sukar untuk kami menang dalam perlawanan ini dan mereka lebih pantas.
“Ia satu tahun yang panjang, dengan cuti 60 hari itu. Kemudian ada tekanan kembali ke Liga Juara-Juara. Kami hanya mempunyai rehat selama satu minggu sebelum kembali berlatih.
“Kami tidak berupaya untuk bermain cara yang kami inginkan. Saya sukakan Leipzig. Mereka mempunyai keazaman yang kuat, semangat, dan kesegaran. Itu telah menghukum kami. Tidak ada alasan lagi.
“Kami telah memberikan yang terbaik dan mara ke suku akhir. Kami terkeluar dalam perlawanan yang adil dan kami mengucapkan tahniah buat pihak lawan kami.”
Pemain tengah Atletico Saul juga mengakui skala dukacita para penyokong kelab di Lisbon pada hari Khamis.
“Pihak lawan lebih hebat dalam kebanyakan fasa perlawanan,” kata pemain kebangsaan Sepanyol itu dalam temubual pasca-perlawanan.
“Kami sangat teruja. Peminat berhak mendapat lebih baik. Kami sudah mempunyai harapan dan kami memohon maaf.”
Liga Juara-Juara bersambung semula pada Jumaat ini apabila Bayern Munich menentang Barcelona dalam perlawanan ketiga pusingan suku akhir.
You may like
-
Sesi Media Pasca Perlawanan: Mikel Arteta
-
Perincian wang hadiah Liga Juara-Juara setelah peringkat kumpulan bermula.
-
“Real Madrid adalah boss Liga Juara-Juara” – Nuri Sahin
-
Coronavirus: Slovan Bratislava kehilangan keputusan perlawanan Liga Juara-Juara
-
Alphonso Davies: Dari kem pelarian hingga ke final Liga Juara-Juara dan bergelar juara.
-
PSG kemaruk trofi UCL.
You must be logged in to post a comment Login