Mavropanos mengenai Mislintat dan keinginannya untuk berjaya di Arsenal.

Bulan lalu, Konstantinos Mavropanos menyertai VfB Stuttgart dengan perjanjian pinjaman sepanjang musim setelah menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal.

BACA: Konstantinos Mavropanos sertai VfB.

Sven Mislintat pula merupakan Ketua Pengambilan Arsenal yang berkhidmat antara Disember 2017 hingga Februari 2019, dan selama berada di Emirates, pertahanan tengah itu adalah salah seorang pemain yang dibawanya menyertai The Gunners.

Kini, Mislintat menjadi Pengarah Bolasepak pasukan Bundesliga yang baharu dipromosikan dan pemain berusia 22 tahun itu mengakui bahawa ‘Diamond Eye’ sangat penting dalam mempengaruhinya untuk menandatangani kontrak bersama Stuttgart.

“Tentu saja, dia [Mislintat] juga memainkan peranan penting.

“Tetapi Stuttgart adalah kelab tradisional, pernah menjadi juara lima kali, sebuah kelab yang mempunyai reputasi antarabangsa, walaupun kita harus berusaha dengan gigih lagi, ”katanya kepada Kicker.

Mistlintat sememangnya berminat untuk membawa Mavropanos sejak dilantih menjadi Pengarah Sukan Stuttgart.

The Gunners mengambil pemain pertahanan dari pasukan Greece, PAS Giannina pada Januari 2018, dan dia bergelut dengan kecederaan pangkal paha pada musim penuhnya di England.

Setelah gagal mendapatkan tempat dan permainan pada separuh pertama musim lalu, Arsenal membenarkan Mavropanos menyertai 1. FC Nürnberg secara pinjaman pada awal tahun ini.

Sebelum beliau menyertai kelab divisyen dua Jerman, terdapat minat dari beberapa kelab lain seperti Werder Bremen, Wolfsburg dan FSV Main.

Ketika ditanya mengapa dia menolak kelab yang beraksi diperingkat teratas liga Jerman untuk Nürnberg, dia berkata: “Saya mengalami masalah paha selama satu setengah tahun.

“Tidak ada [situasi semasa] yang hampir setanding.

“Pada masa itu adalah tempoh kesakitan yang panjang, selepas itu penting untuk banyak bermain bagi mengembali rentak permainan.

“Itu berjaya di Nuremberg. “

Mavropanos berada di divisyen dua musim lalu, dan akan bermain di divisyen pertama musim depan.

Walaupun tujuannya adalah bermain untuk Arsenal, dia tahu dia perlu memperbaiki dirinya untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

“Jika semuanya terpulang pada saya [bermain untuk Arsenal], saya gembira untuk itu, tetapi siapa yang dapat meramalkannya dengan pasti [dapat beraksi bersama pasukan utama Arsenal]?

“Bagaimanapun, saya harap saya dapat berkembang lebih jauh untuk mencapai tujuan itu, ”tegas Mavropanos.

“Saya boleh meningkatkan diri dalam banyak aspek, secara individu dan taktik pasukan.

“Oleh itu, saya juga bekerja keras untuk diri sendiri.

“Perkara yang lain akhirnya akan diputuskan oleh jurulatih masing-masing. “

“Rentak Liga Perdana Inggeris sangat pantas.

“Tidak ada masa untuk berfikir, ragu-ragu, atau mengambil masa lama.

“Anda akan dihukum kerana kurang tumpuan.

“Ini memerlukan kemampuan besar untuk kekal fokus, responsif dan memahami sesuatu dengan cepat.

“Saya pasti dapat belajar sesuatu yang baru di sini. “

Stuttgart menandatangani Konstantinos Mavropanos secara pinjaman untuk satu musim.
466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply