Presiden PSG bangga kejayaan pasukannya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara

Ahli perniagaan Qatar itu meluahkan rasa bangganya ke atas pasukan yang sudah lama mengejar kejayaan di peringkat Eropah.

Presiden Paris Saint-Germain (PSG) Nasser Al-Khelaifi percaya kelabnya berhak mendapat tempat dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan RB Leipzig 3-0 dalam perlawanan separuh akhir Selasa lepas.

Selepas berjaya bangkit di saat akhir untuk menumpaskan Atalanta 2-1 dalam perlawanan suku akhir minggu lepas, kelab gergasi Ligue 1 Perancis ini bermain dengan lebih tenang menentang lawan mereka dari Jerman dan berjaya memperoleh gol menerusi Marquinhos, Angel Di Maria dan Juan Bernat untuk menempah slot perlawanan akhir.

Ini merupakan perlawanan akhir pertama PSG dalam pertandingan kelab elit Eropah dan ianya hadir selepas menempuhi rekod 110 perlawanan. 

Para pemain PSG meraikan kejayaan mereka mara ke perlawanan akhir UCL

Sementara kelab Perancis ini sudah merasai pelbagai kejayaan domestik sejak diambil alih oleh pengerusi beIN Media Group ini pada 2011, mereka dilihat bergelut dalam Liga Juara-Juara, dengan Al-Khelaifi menyatakan fakta bahawa impian utama hampir menjadi realiti. 

“Ia satu malam yang bersejarah, pertama kali dalam perlawanan akhir UCL. Hari yang hebat. Pasukan bermain perlawanan yang sempurna menentang pasukan yang sukar. Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain saya, berbangga dengan kakitangan teknikal saya,” Al-Khelaifi beritahu RMC Sport

“Kami tidak mahu kembali ke Paris, kami mahu kekal di Lisbon.

“Ini adalah impian. Saya harap ia akan berterusan! Kami berhak ke atas ini. Saya tidak tahu apa yang hendak saya katakan malam ini. Satu petang yang indah buat kami.

“Kami berada di PSG sejak 2011, kami semakin hampir dengan impian kami. Kami berada di sana, kami berhak, kami mahu pergi sejauh yang mungkin. Saya bangga dengan semua orang.”

Pasukan bimbingan Thomas Tuchel kini akan berdepan sama ada Bayern Munich atau Olympique Lyon dalam perlawanan akhir pada malam Ahad.

Perlawanan ini akan menjadi perlawanan terbesar dalam karier pengurus Jerman itu setakat ini.

“Saya akan menikmati dan menonoton perlawanan ini esok. Dengan para pemain dan kakitangan saya. Kita tahu Bayern adalah pasukan pilihan, tetapi ini adalah bolasepak,” Tuchel memberitahu RMC Sport.

“Sudah tentu, ia akan menjadi cabaran terbesar dalam karier saya pada Ahad ini. Kami berada di sini bermain dalam perlawanan akhir dan untuk menang.”

PSG menyamai rekod yang juga dipegang oleh Real Madrid selepas menjaring gol dalam 34 perlawanan Eropah secara berturut-turut – dan ianya bermula sejak 2016.

Thomas Tuchel bersedia untuk menghadapi cabaran terbesarnya setakat ini
466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply