Connect with us

Inter Milan

Romelu Lukaku pecah rekod lagi!

Published

on

Kempen debut hebat Romelu Lukaku bersama Inter Milan diteruskan apabila dia memecah dua lagi rekod semasa membantu pasukannya mencatat kemenangan ke atas Bayer Leverkusen dalam perlawanan suku akhir Europa League awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Belgium ini menjaringkan gol kedua the Nerazurri dalam perlawanan yang dimainkan di Dusseldorf, Jerman ini dan menjadikan jumlah jaringan golnya dalam semua pertandingan setakat ini kepada 31 gol.

Dengan itu, dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan Europa League atau Piala UEFA berturut-turut, memecah rekod lapan perlawanan yang dikongsi bersama penyerang Newcastle United Alan Shearer, yang dilakukan dalam pertandingan Piala UEFA 2004/05.

Advertisement

Dia juga menjadi pemain pertama menjaringkan dalam enam perlawanan Eropah berturut-turut untuk Inter.

Dalam 45 minit pertama perlawanan, Lukaku juga memainkan peranan dalam gol pertama Inter selepas 16 minit perlawanan, apabila rembatannya berjaya dihalang dan bola tersebut disambut oleh Nico Barella, yang merembat bola lencong melepasi sekumpulan pemain di hadapannya dan menewaskan penjaga gol lawan Lukas Hradecky.

Lukaku menunjukkan kekuatan fizikal untuk menahan asakan Edmond Tapsoba, sebelum berpusing dan berjaya menyepak bola ke dalam gawang gol walaupun dia sudah dijatuhkan dalam kotak penalti.

Leverkusen berjaya menjaringkan satu gol sebelum rehat separuh masa apabila Kai Havertz, yang dalam radar sasaran Chelsea, merembat bola deras menewaskan Samir Handanovic dari dalam kotak penalti selepas bermain hantaran bola one-two yang kemas dengan Kevin Volland.

Advertisement
Senarai pasukan lawan menjadi mangsa robekan gol Romelu Lukaku dalam saingan Europa League musim ini

Lukaku sudah pun menikmati musim jaringan gol terbaik dalam kariernya, melepasi 27 gol yang dijaringkan untuk Manchester United pada musim 2017/18 semasa dia menjaringkan dua gol dalam kemenangan perlawanan liga Serie A ke atas Genoa pada bulan lepas.

Dua gol tersebut menambah koleksi jaringan gol di tempat lawan musim ini menjadi 15 gol, pemain pertama Inter menjaringkan gol sebanyak itu di tempat lawan dalam tempoh 70 tahun, menyamai rekod yang dibuat oleh Stefano Nvers pada kempen 1949/50.

Setelah menjaringkan 30 gol, Lukaku menjadi penyerang pertama Inter yang menjaringkan gol sebanyak itu selepas Samuel Eto’o pada musim 2010/11, di mana penyerang terkenal itu menjaringkan 37 gol pada musim itu, membantu Inter memenangi tiga piala utama (Serie A, Coppa Italia, Liga Juara-Juara Eropah).

Inter akan menanti sama ada Shahktar Donetsk atau FC Basel dalam pusingan separuh akhir dan mahu menamatkan kempen 2019/20 dengan trofi terakhir untuk mereka dapatkan.

Musim ini mereka hampir-hampir sahaja memenangi dua piala, namun terkandas dalam pusingan separuh akhir Coppa Italia sebelum menamatkan liga Serie A di tempat kedua, satu mata sahaja perbezaan di belakang juara sembilan kali Juventus.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply