Connect with us

Arsenal

Ronald Koeman sah menjadi pengurus Barcelona baharu.

Published

on

Barcelona dilaporkan akan mencari pengurus baharu selepas aksi memalukan.

Jika benar seperti apa yang didakwa Fabrizio Romano, Barcelona akan membawa kembali bekas pemain dan juga pembantu jurulatih mereka bagi menggantikan Quique Setien.

Manakala laporan ESPN pula mengatakan bahawa Barcelona telah memecat Setien setelah kekalahan memalukan dalam saingan Liga Juara-Juara 8-2 kepada Bayern Munich.

Kelab itu mengumumkan pada hari Isnin, dengan sumber yang mengesahkan kepada ESPN bahawa Ronald Koeman sedang dalam perbincangan lanjut untuk mengambil alih peranan tersebut.

Advertisement

Keputusan untuk menamatkan Setien diumumkan setelah mesyuarat tergempar pihak pengurusan tertinggi Barcelona diadakan, tetapi sumber mengatakan kepada ESPN bahawa hal itu telah dibuat sebelum perlawanan menentang Bayern.

Koeman pernah mewakili Barcelona pada 1989–1995.

Untuk rekod, Ronald Koeman pernah menjadi pembantu kepada Luis van Gaal yang membimbing Barcelona pada tahun 1998.

Barcelona will hand Ronald Koeman and official offer to coach the team. Koeman has the backing of the dressing room and the board due to his previous history with the club. – Barça Universal