Sokratis cuba ‘bebaskan’ dirinya dari Arsenal selepas Gattuso hubunginya?

Pemain pertahanan Arsenal ‘cuba membebaskan dirinya’ dari kontrak di Emirates setelah menerima panggilan telefon pengurus Napoli.

Anda mungkin pernah melihat dan membaca beberapa artikel mengenai Sokratis Papastathopoulos sejak beberapa hari lalu serta merasa keliru dengannya.

Lagipun, pemain pertahanan Greece itu agak pendiam, jarang membuat kenyataan, begitu juga dengan aksi serta penampilannya sejak Mikel Arteta mengambil alih.

Dia sebenarnya boleh dikatakan lagsung tidak digunakan Arteta dan mungkin tidak berada dalam perancangan pengendali Arsenal itu untuk musim depan.

Rekod penampilan Sokratis dibawah kendalian Arteta.

Sokratis membuat tiga kali penampilan penuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris dibawah kendalian Arteta, begitu juga penampilannya dalam saingan Piala FA, juga digunakan sebanyak tiga kali (penampilan penuh – 90 minit).

Beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Itulah sebabnya mengapa pertahanan Arsenal itu kembali menjadi bahan dalam laporan menjelang jendela perpindahan dengan hangat diperkatakan bahawa beliau sedang ditunjuk jalan keluar dari Emirates.

Lebih-lebih lagi pemain berusia 32 tahun ini hanya berbaki setahun sahaja lagi untuk menamatkan kontraknya bersama Arsenal (31 Jun 2021).

Rumors perpindahannya bermula dengan AS Roma, tetapi kini Napoli nampaknya lebih mendahului mana-mana pasukan dalam mendapatkan khidmat Sokratis.

Laporan semalam mendakwa bahawa Gennaro Gattuso telah berbual dengan Sokratis yang merupakan rakan sepasukannya ketika sama-sama berjuang di Milan dan ia dikatakan adalah berkaitan dengan perpindahan Sokratis ke Napoli.

Dakwaan itu disokong sepenuhnya oleh akhbar tempatan Corriere del Mezzogiorno pada hari Jumaat, yang secara terang-terangan menyatakan pengurus Napoli ‘menelefon’ Sokratis, yang kontraknya berakhir pada tahun 2021.

Namun, mereka melangkah lebih jauh dengan mendakwa pemain pertahanan itu sekarang ‘berusaha meyakinkan Arsenal untuk melepakannnya ataupun membebaskanya dari kontraknya’, yang mana ianya turut membebaskan Arsenal daripada membayar gaji pemain itu.

Itu akan membolehkannya, sama seperti kes Alexis Sánchez di Inter, untuk menandatangani kontrak dengan Napoli tanpa sebarang masalah, mungkin ‘dua atau tiga tahun’, dengan gaji yang lebih rendah daripada yang diterimanya di London.

Walaupun ia dilihat satu langkah berani dibuat oleh pertahanan Greece itu, namun jika dia mengetahui bahawa dia tidak lagi dikehendaki di Emirates, itu adalah jalan keluar yang mudah, dan dengan The Gunners berusaha menjimatkan wang dari segala sudut, mungkin masuk akal bagi pihak pengurusan Arsenal melepaskanya ataupun menuruti hasrat Sokratis.

466Shares
About MyGooners 810 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply