The Class of ’97 menang tipis kejuaraan.

Tahniah kepada Cik Mohd Noor yang berjaya membawa pasukan The Class of ’97 menjuarai Liga Fantasi MyGooners1886 musim 2019/20.

Pasukan bimbingan Cik Mohd Noor berjaya mengatasi lawan paling hampir dengannya iaitu pasukan HH yang dibimbing oleh Hazry Haron, yang menduduki tempat kedua liga Liga Fantasi MyGooners1886.

Kedudukan Top 5 Liga Fantasi MyGooners1886

Dengan kemenangan tersebut (sebagaimana dijanjikan pada awal musim), The Class of ’97 – Cik Mohd Noor layak menerima hadiah kejuaraan berupa jersi Arsenal.

Diharapkan Cik Mohd Noor dapat menghubungi kami untuk urusan pemberian hadiah kemenangan ini (link whatsapp : https://bit.ly/3iupjHe )

Bagi musim depan, adakah anda rasakan kami harus meneruskan lagi liga ini?

Dan apakah hadiah yang anda harapkan?

Buat makluman anda semua, liga ini adalah percuma dan diharapkan pemenang berpuas hati dengan hadiah kemenangan yang akan diberikan kelak.

Buat yang gagal, cuba lagi tahun depan!

Sekali lagi Tahniah kepada Cik Mohd Noor!

Adakah ini pasukan The Class Of 97 bimbingan Cik Mohd Noor?

P/s: gambar sekadar hiasan semata-mata.

0Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply