2 kelab Itali mahukan Kolasinac.

Selain Roma, Napoli juga ‘memikirkan’ untuk menandatangani pemain pertahanan Arsenal.

Dua lalu, Gazzetta dello Sport mempunyai banyak laporan yang membincangkan mengenai minat AS Roma terhadap pemain pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac.

Laporan Gazzetta dello Sport pada 31 Ogos lalu.

Ia juga menekankan bahawa hubungan baik Giallorossi dengan The Gunners dapat membantu mereka mempermudahkan urusan menandatangani bekas pemain Schalke itu.

Gazzetta dello Sport, 31 Ogos 2020.

Namun, pasukan Paulo Fonseca bukanlah satu-satunya kelab yang berminat dengan pemain berusia 27 tahun itu, sekiranya laporan TuttoMercatoWeb (TMW) boleh dipercayai.

Laporan TuttoMercatoWeb, 3 September 2020.

Menurut laman web itu, Napoli juga ‘memikirkan’ untuk menandatangani pemain antarabangsa Bosnia dan Herzegovina musim panas ini.

Didakwa kelab Naples itu telah mengenal pasti Kolasinac sebagai sasaran untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi barisan pertahanan mereka.

Kolasinac biasanya beroperasi sebagai pertahanan kiri, tetapi dia juga mampu digunakan sebagai pertahanan tengah terutamanya ketika dalam formasi dengan tiga pertahanan, dan kedatangannya dapat membantu Napoli mengisi dua posisi tersebut.

TMW menjelaskan bahawa pasukan Gennaro Gattuso harus terlebih dahulu memberi ruang sebelum merancang untuk menandatangani pemain Arsenal itu, dan itu dapat dilakukan dengan ‘melepaskan’ Faouzi Ghoulam.

Faouzi Ghoulam, 29 tahun merupakan pemain pertahanan kiri Napoli ketika ini.

Wolverhampton Wanderers telah dikaitkan dengan pemain berusia 29 tahun itu dan laporan tersebut menjelaskan bahawa pemain kebangsaan Algeria ‘boleh berpindah’ ​​ke Wolves.

Ini kemudian akan membantu Napoli membuat pendekatan untuk Kolasinac.

Laporan TuttoMercatoWeb, 3 September 2020.

Arsenal ketika ini memiliki Kieran Tierney yang beraksi pada posisi pertahanan kiri dengan Bukayo Saka juga mampu mengisi posisi tersebut dengan baik sebelum ini.

Sekiranya Arsenal melepaskan Kolasinac, sudah pasti formasi menarik akan digunakan Arteta seandainya tiada pengganti dibawa masuk, dalam mengimbangi skuad (penggiliran pemain) sedia ada musim ini.

466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply