Connect with us

Arsenal

Alex Runarsson sertai Arsenal

Published

on

Arsenal mengumumkan kemasukan penjaga gol Iceland Alex Runarsson dari Dijon dengan kontrak empat tahun.

Runar Alex Runarsson, yang akan memakai jersi bernombor 13, dibawa masuk untuk menjadi pengganti Emiliano Martinez sebagai penjaga gol kedua pasukan utama di belakang Bernd Leno.

Pemain berusia 25 tahun ini memulakan karier bersama kelab KR Reykjavik di negara asalnya, sebelum sertai FC Nordsjaelland di Denmark, di mana dia membuat 62 penampilan dalam tempoh tiga tahun sebelum sertai Dijon.

Advertisement

Dia sertai kelab Ligue 1 itu pada Julai 2018 dan membuat 13 penampilan untuk mereka dalam semua pertandingan musim lepas.

Secara keseluruhan, Alex sudah membuat 45 penampilan untuk Dijon dalam tempoh dua musim (2018/19 – 2019/20).

BIODATA RINGKAS



Nama: Runar Alex Runarsson
Tarikh & tempat lahir: 18 Februari 1995 di Reykjavik, Iceland
Warganegara: Iceland (5 caps antarabangsa)
Posisi: Penjaga gol
Ketinggian: 1.86m

Pengarah teknikal Edu berkata: “Kami sangat gembira untuk mengalukan kedatangan Alex ke dalam pasukan kami. Kami sudah beberapa kali memantaunya dan dari analisa yang dibuat, dia mempunyai sifat dan kebolehan yang kami cari dalam seorang penjaga gol.”
 
Mikel Arteta menambah: “Kami mahu mencipta persaingan sihat mendapatkan tempat dan kami menanti untuk melihat Alex membawa lebih mendalam kepada posisi penjaga gol.”

Advertisement

Alex merupakan anak kepada bekas penjaga gol pasukan kebangsaan Iceland, Runar Kristinsson, yang sudah mendapat 107 caps antarabangsa dan kini merupakan pengurus pasukan KR Reykjavik.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply