Connect with us

Bekas Pemain

Alexis Sanchez menyesal sertai Manchester United.

Published

on

Terlajak ‘posting’ boleh dipadam, terlajak ‘sign’ kontrak hadaplah makian.

Peribahasa ciptaan penulis sendiri menggambarkan situasi yang terjadi kepada bekas pemain Arsenal, Alexis Sanchez.

Menyesal pun takde gunanya sekarang.

Pemergian beliau ketika itu boleh dianggap satu kesakitan buat peminat dan penyokong Arsenal, namun kita juga boleh memahami situasi tersebut.

Advertisement

Walaupun pahit, terpaksa ditelan juga.

Arsenal ketika itu bagaikan terpaksa memilih sama ada mahu mengekalkan Mesut Ozil ataupun Sanchez setelah kedua-duanya akan menamatkan kontrak masing-masing pada penghujung musim 2017/18.

Kedua-dua pemain ini merupakan watak penting dalam skuad Arsene Wenger ketika itu.

Pemain kebangsaan Chile, Sanchez tiba pada 2014 dari Barcelona, ​​telah menjaringkan 56 gol dalam 113 penampilan, sementara pemain antarabangsa Jerman, Ozil pula telah menghasilkan 45 bantuan gol sejak debutnya pada bulan September 2013, lebih banyak daripada mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris lain.

Advertisement

Namun, Ozil akhirnya menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal pada 1 Februari 2018 manakala Sanchez pula berpindah ke Manchester United pada 22 Januari 2018 dengan menyaksikan pertukaran pemain, Henrikh Mkhitaryan menyertai Arsenal.

Perpindahan Sanchez ke Manchester United sebelum itu dilihat penuh kontroversi selepas beliau dikatakan menyuarakan hasratnya untuk menyertai Manchester City.

Selepas gagal menyertai City, Sanchez akhirnya menyertai seteru mereka, United dengan menerima gaji yang jauh lebih tinggi daripada apa yang diterimanya ketika bersama Arsenal, malah ianya juga jauh mengatasi gaji yang diterima Ozil.

Beliau menerima kira-kira £560,000 seminggu dan jumlah itu menjadi ‘kecelakaan’ buat Manchester United apabila bekas pemain Arsenal ini hanya membuat 45 penampilan untuk mereka, menjaringkan hanya lima gol.

Lebih malang, beliau kemudiannya dihantar secara pinjaman kepada Inter Milan musim panas lalu sebelum berpindah secara tetap bulan lalu.

Dan sekarang Sanchez telah mendedahkan bahawa dia tahu dia telah membuat pilihan yang salah dengan menyertai Manchester United.

Advertisement

Perkara tersebut disedarinya dengan segera, tanpa perlu mengambil masa yang lama, hanya setelah menandatangani perjanjian dengan The Red Devils.

Dalam sebuah video Instagram, Sanchez berkata: “Saya ingin memberitahu anda mengenai tempoh saya di United, mengenai banyak perkara yang diperkatakan dan itu membuatkan saya kelihatan teruk.

“Saya mendapat peluang untuk pergi ke United dan nampaknya ia sangat menggoda saya.

“Itu sesuatu yang baik bagi saya, kerana saya sangat menyukai kelab itu semenjak kecil lagi.

“Saya akhirnya menandatangani tanpa banyak maklumat mengenai apa yang sedang berlaku dalam perjalanan.

Advertisement

“Hari-hari terawal saya bersama rakan sepasukan, kadang-kadang ada perkara yang anda tidak sedar sehingga anda tiba disitu.

“Latihan pertama yang saya lalui menyedarkan saya mengenai banyak perkara.

“Selepas sesi itu saya pulang ke rumah dan saya memberitahu keluarga dan ejen saya ‘bolehkah anda membatalkan kontrak untuk kembali ke Arsenal?’.

“Mereka ketawa, saya memberitahu mereka ada sesuatu yang tidak betul, tidak nampak baik.

“Tetapi saya sudah menandatangani, saya sudah berada di sana.

“Setelah beberapa bulan pertama, saya terus memiliki perasaan yang sama, kami tidak bersatu sebagai satu pasukan pada masa itu.”

Advertisement

“Kontrak sudah ditandatangani. “

“Saya memberitahu anda pengalaman saya, wartawan kadang-kadang akan bercakap tanpa mengetahui fakta dan ia menyakitkan, mereka tidak tahu apa yang berlaku di dalam kelab,” tambahnya.

“Mereka mengatakan itu adalah salah saya, dan ini, dan itu, tetapi kadang-kadang pemain bergantung pada persekitaran,suasana kekeluargaan yang diciptakan di sekelilingnya, dan saya fikir pada masa itu kita sebenarnya bukan satu keluarga.

Advertisement
Kambing Hitam United.

“Dan itu diterjemahkan di atas padang, dan kerana perlu ada seseorang yang harus disalahkan, mereka menyalahkan saya.”

Sanchez adalah salah seorang penyerang terbaik di Eropah ketika berada di Arsenal, tetapi prestasinya mulai merosot setelah meninggalkan The Gunners, kejatuhannya begitu teruk, ranap, jahanam sepenuhnya kerana Jose Mourinho secara konsisten meninggalkan dia dari skuad perlawanan.

Mourinho hilang sabar terhadap Sanchez.

Satu perlawanan, pertembungan Liga Perdana menentang West Ham pada September 2018, paling ketara.

“Dalam perlawanan menentang West Ham, saya tidak terpilih,” tambah Sanchez.

“Itu tidak pernah berlaku kepada saya sebagai pemain.

“Itu mengganggu saya dan saya mengatakan tidak mungkin.

“Menjadi salah seorang yang terbaik di Liga Perdana untuk tidak bermain dalam lima bulan.

Advertisement

“Saya pulang ke rumah saya dan saya sangat sedih.

“Keesokan harinya saya berlatih dalam dua shift kerana saya suka apa yang saya lakukan. “

Pemecatan Mourinho sejurus perlawanan West Ham menjadi dorongan besar buat Sanchez, ketika Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan bahawa pemain Chile itu dapat memastikan keluarnya dari Old Trafford.

“Kemudian jurulatih seterusnya tiba, yang sekarang dan saya memutuskan untuk bercakap dengannya,” jelas Sanchez.

Advertisement

“Saya memberitahunya bahawa saya perlu mengambil angin baru dan peluang untuk pergi ke Inter.

“Dia memberitahu saya bahawa ya, tidak ada masalah. “

Dan kini Sanchez gembira berada di Itali bersama keluarga dan rumah baharunya.

Semoga terus sukses Chez!

Advertisement
Sanchez kini bahagia bersama Inter.