Alphonse Areola ke Fulham?

Fulham sedang dalam perbincangan untuk menandatangani penjaga gol Paris Saint-Germain dengan kontrak pinjaman jangka masa panjang.

Areola menghabiskan musim lepas sebagai pemain pinjaman di Real Madrid yang merupakan sebahagian daripada perjanjiaan untuk Keylor Navas berpindah Parc des Princes, tetapi pemain ini sudah kembali ke majikan asalnya.

Satu kenyataan dalam website Real Madrid musim lepas mengatakan: “Kelab mahu mengucapkan Areola atas dedikasi, profesionalisme, dan tingkah laku contoh musim ini dan mengucapkan selamat maju jaya dalam babak barunya.

“Real Madrid juga berterima kasih kepada PSG kerana memberi peluang untuk menjadi Alphonse Areola sebahagian daripada skuad kami.”

Areola membuat sembilan penampilan untuk Madrid pada musim lepas dengan bekas penjaga gawang Chelsea Thibaut Courtois lebih erap digunakan sebagai penjaga gawang nombor 1 kelab.

Fulham sudah membuat dua urusan pembelian baru musim ini sekembalinya mereka ke kancah Liga Perdana Inggeris, dengan Mario Lemina sertai secara pinjaman dan Harrison Reed telah menjadi pemain tetap selepas menghabiskan musim lepas sebagai pemain pinjaman di Craven Cottage.

1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply