Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Anak pakar lontaran jauh Rory Delap bersedia beraksi untuk Manchester City

Published

on

Penyerang muda sedang meningkat naik Liam Delap menanti peluang untuk membuat debut skuad senior Manchester City pada Khamis malam nanti.

Pemain remaja ini merupakan anak kepada bekas pemain tengah Stoke City Rory Delap dan telah diserap masuk pantas ke dalam sesi latihan pasukan utama sejak berpindah dari Derby County tahun lepas.

Merupakan seorang pemain skuad bawah 17 tahun England, nama Delap tidak disangka disenaraikan dalam senarai bangku simpanan oleh Pep Guardiola semasa kemenangan 3-1 ke atas Wolverhampton Wanderers pada hari Isnin, bagi menggantikan tempat Sergio Aguero yang masih dalam kecederaan.

Advertisement

Guardiola berjanji untuk menamakan pasukan yang berbeza bagi menghadapi perlawanan pusingan ketiga Piala Carabao menentang Bournemouth pada Khamis ini, dengan Delap dijangka akan memulakan perlawanan.

Tommy Doyle, Felix Nmecha, Adrian Bernabe, Taylor Harwood-Bellis dan Cole Palmer juga dalam pertimbangan untuk dipilih bermain dalam perlawanan tersebut.

Nama Delap sudah lama menjadi topik perbualan sumber berita City, dan baru-baru ini dia menjaringkan dua gol semasa membantu pasukan bawah 21 tahun City menang perlawanan Trofi EFL ke atas Mansfield Town.

Delap berlatih dengan pasukan Guardiola semasa Project Restart dan City percaya dia mempunyai kebolehan fizikal untuk menangani dengan bolasepak lelaki.

Advertisement

“Sudah tentu para pemain adalah terbaik dari yang terbaik dan berada di sekeliling mereka menunjukkan bagaimana caranya di tahap tertinggi dan apa yang perlu dilakukan untuk berada di sana,” kata Delap.

“Dapat merasainya memberikan keyakinan tinggi kepada saya.

Guardiola sedang berhadapan dengan beberapa isu kecederaan pemain, dengan Aguero, Aleks Zinchenko, Bernardo Silva dan Joao Cancelo antara yang tidak dapat beraksi. Eric Garcia mempunyai peluang untuk bermain, begitu juga dengan Aymeric Laporte, walaupun Ilkay Gundogan masih dalam pengasingan kendiri selepas mendapat keputusan ujian positif virus corona.

Kemunculan Delap memainkan peranan ke atas keputusan seorang lagi penyerang muda berpotensi Charlie McNeill, yang memilih untuk meninggalkan City untuk sertai Manchester United dalam satu perjanjian yang boleh mencecah £1.25 juta.

Advertisement
Liam Delap berharap dapat bermain untuk skuad senior Manchester City awal pagi Khamis ini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply