Anak Zinedine Zidane bakal sertai kelab gergasi Afrika

Enzo Zidane dilihat bakal meneruskan karier bolasepaknya di Afrika dengan menyertai kelab Wydad Casablanca.

Menurut ejen pemain ini yang juga merupakan teman rapat Zidane iaitu Roberto Carlos, anak sulung pemain legenda Real Madrid ini berharap dapat sertai pasukan yang bermain di Botola Pro 1.

Pemain tengah ini pernah bermain untuk Juventus, Liceo Frances, San Jose sebelum sertai sistem pemain muda Blancos pada 2004 dan menghabiskan 10 tahun di akademi.

Zidane pernah membuat penampilan untuk pasukan Real Madrid C dan B, sebelum membuat debut pasukan utama pada 2016 dalam perlawanan Copa del Rey menentang Cultural Leonesa.

Pemain berusia 25 tahun ini kemudian berpindah dari Santiago Bernabeu untuk sertai Deportivo Alaves pada Julai 2017, namun jarang digunakan.

Pencariannya untuk menikmati lebih masa bermain membawanya ke Swiss Super League, menyertai Lausanne-Sport dan dia bermain semusim di sana, termasuk satu tempoh pinjaman di Rayo Majadahonda.

Pada musim panas 2019, dia berpindah ke Portugal, sertai Aves tetapi bergelut untuk membuat impak untuk mereka sebelum kembali ke Sepanyol untuk menyertai Almeria pada Januari lepas.

Zidane kini berharap dapat meneruskan perkembangan dirinya sebagai pemain bolasepak profesional di Afrika dengan Carlos menguruskan perbincangan mengenai urusan perpindahan.

“Salam sejahtera Presiden Naciri, satu penghargaan bagi saya dapat bercakap dengan kamu,” Carlos berkata dalam satu video yang dimuatnaik ke Twitter.

“Saya berharap dapat menyelesaikan urusan untuk Enzo Zidane, seorang pemain yang sangat bagus, dengan Wydad, sebuah kelab hebat dari Casablanca.”

The Wydad al Oumma merupakan salah satu kelab paling berjaya di benua Afrika, memenangi takhta liga profesional Maghribi sebanyak 20 kali.

Mereka juga juara bertahan Botola Pro 1 dan telah memenangi Liga Juara-Juara CAF sebanyak dua kali, pada tahun 1992 dan 2017.

Wydad Casablanca juga menjuarai Piala Super CAF pada 2018 dan naib juara pertandingan tersebut pada 1993 dan 2003.

Kelab Maghribi ini telah sertai Piala Konfederasi CAF sebanyak empat kali.

1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply