Connect with us

Arsenal

Arsenal akan melengkapkan perpindahan Rúnar Alex Rúnarsson.

Published

on

The Gunners semakin hampir membawa Alex Runarsson dari Dijon.

Menurut The Telegraph, pemain berusia 25 tahun itu akan melengkapkan ujian kesihatan bersama Arsenal hari ini.

Perpindahan Runarsson dijangka menelan belanja sekitar £ 1.5 juta.

Arsenal telah menjual Emiliano Martinez kepada Aston Villa dalam perjanjian bernilai sekitar 20 juta pound sebelumnya dan Runarsson akan menjadi pengganti kepada pemain Argentina itu di Emirates.

Advertisement

Martinez melakukan tugas yang luar biasa sebagai penjaga gol pilihan kedua di kelab dan menarik untuk melihat apakah Runarsson dapat mengisi kekosongannya.

The Gunners telah menjalankan aktiviti dengan baik di pasaran perpindahan setakat ini dengan membawa masuk Gabriel dan Willian.

Dan ia akan menjadi lebih menarik untuk melihat adakah Edu dan Arteta dapat meningkatkan kekuatan pada bahagian tengah sebelum jendela perpindahan ditutup.

Gergasi Liga Perdana Inggeris ini dikaitkan dengan perpindahan bintang Lyon, Houssem Aouar dengan laporan terkini megnatakan Arsenal bersedia meningkatkan jumlah tawaran dan melakukan bidaan serius kepada Lyon.

Mikel Arteta mempunyai permulaan yang hebat sebagai pengurus Arsenal setakat ini dan beliau telah membawa The Gunners memenangi Piala FA dan Community Shield.

Advertisement

Dengan sasaran jangka panjang untuk membawa Arsenal ke persada Eropah, beliau turut berharap dapat membimbing The Gunners kembali ke empat teratas liga musim ini.

Arsenal telah memulakan musim ini dengan baik setelah kemenangan selesa ke atas Fulham dan ianya harus dilihat apakah Arteta dapat meneruskan rentak kecemerlangan dalam beberapa minggu seterusnya.

Laporan The Telegraph hari ini.

Arsenal akan menerima kunjungan West Ham Ahad ini jam 3 pagi waktu Malaysia.

Mampukah Rúnar Alex Rúnarsson memberikan aksi sebagaimana yang dilakukan Emi?