Arsenal akan membuat ‘tawaran konkrit’ untuk Houssem Aouar.

Houssem Aouar

Pemain yang sangat diinginkan dan menjadi keutamaan Arteta.

Sekiranya ada seorang pemain yang ingin ditandatangani peminat Arsenal pada musim panas ini, maka pemain itu sudah tentu adalah Houssem Aouar.

Malah pemain ini turut menjadi keinginan dan keutamaan Mikel Arteta pada musim panas ini.

Pemain tengah Lyon itu telah memikat hati kebanyakkan kelab di seluruh Eropah dengan persembahannya mengagumkan di Perancis dan ada banyak dakwaan berulang kali mengaitkan kelab Itali, Juventus berhajat mendapatkan khidmat pemain itu.

Namun perkembangan tersebut tidaklah ke mana apabila ia kelihatan tidak begitu serius berlaku dari kelab Turin, yang mana ianya boleh menjadi berita baik untuk Arsenal.

Sekarang Telefoot Chaine melaporkan The Gunners bersedia untuk membuat ‘tawaran konkrit’ untuk pemain itu.

Tawaran akan dibuat ‘tidak lama lagi’ dan dijangka melebihi € 40 juta.

Menurut dakwaan itu, Aouar adalah keutamaan Mikel Arteta untuk ditandatangani musim panas ini, jadi pihak pengurusan tertinggi kelab berusaha untuk menyenangkan pengurus The Gunners.

Tidak ada petunjuk sama ada Lyon akan menerima tawaran Arsenal, tetapi kemungkinan mereka akan berusaha untuk memulakan ‘lelongan’ jika situasi berterusan.

Jean-Michel Aulas, presiden kelab Lyon terkenal dan mempunyai sejarah dalam menggunakan setiap tipu daya yang dia mampu untuk mencuba menaikkan yuran perpindahan.

Sudah pasti ianya menjadi tugas sukar buat The Gunners mendapatkan Anour pada musim panas ini.

Pun begitu, Arsenal berjaya menambah dana perpindahan berikutan penjualan Emiliano Martinez ke Aston Villa sekitar £16 juta.

Malah Kolasinac juga akan dijual dengan nilai harga pada sekitar £10 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, wartawan tersohor Itali, Fabrizio Romano mengatakan bahawa Aouar ingin menyertai Arsenal setelah beberapa kali perbincangan dilakukan dengan ejennya.

Arteta nampaknya mahu menambah dua lagi pemain tengah pada musim panas ini, dengan Aouar salah satu pilihan utama.

Aouar mungkin pernah bermain di Liga Juara-Juara bersama Lyon pada musim lalu, tetapi dia masih merasa bahawa perpindahan ke Arsenal mungkin baik baginya.

Dan itu menjelaskan bahawa The Gunners masih mempunyai daya penarik dan jika Aouar tiba, peluang kita untuk menempatkan dikalangan empat teratas liga juga akan meningkat.

Aouar adalah salah seorang pemain tengah berbakat luar biasa di seluruh Eropah dan dia pasti akan terus berada dalam kesebelasan utama Arsenal sekiranya dia tiba.

466Shares
About MyGooners 807 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply