Arsenal bermula dengan begitu sempurna.

Buka tirai baharu kempen 2020/21 dengan kemenangan bergaya.

Arsenal memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila membenam Fulham 3-0 malam tadi.

Alexandre Lacazette memberi permulaan sempurna buat The Gunners apabila meledak gol pembukaan seawal minit kelapan.

Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal mendahului tuan rumah 1-0.

Dan aksi separuh masa kelihatan seimbang dengan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan hampir sama.

Namun Arsenal lebih baik dari Fulham dengan berjaya menyempurnakan peluang terhidang, sekali gus membangkitkan semangat memenangi perlawanan itu.

Itu dapat dibuktikan dengan aksi separuh masa kedua dengan The Gunners mula mempamerkan aksi menyakinankan selain berjaya menambah dua lagi gol.

Pemain baharu, Gabriel menggandakan kedudukan pada minit ke-49 sebelum Pierre-Emerick Aubameyang melengkapkan kemenangan 3-0 Arsenal di Craven Cottage, minit ke-57.

Pertahanan baru yang dibawa masuk Arsenal musim ini, Gabriel.

“(Jurulatih) Mikel Arteta mahu kami bermain sempurna, jadi kami bekerja keras untuk memenuhi permintaannya.

“Kami memasang impian besar dan saya mahu membantu pasukan berada di tempat teratas.

“Kami mahu memperbaiki semua aspek permainan dalam setiap perlawanan,” kata Lacazette selepas perlawanan.

Ketika ditanya peluang The Gunners untuk meraih kedudukan empat terbaik musim ini, penyerang Perancis itu berkata: “Saya tidak pasti apakah kami bersedia mencabar empat teratas.

“Bagaimanapun kami bekerja keras dan berusaha mencapainya.” 

Keputusan penuh perlawanan.

Namun penulis yakin Arsenal musim ini mampu menamatkan saingan dalam kedudukan empat teratas.

Statistik perlawanan bagi Gabriel.
Pemain terbaik perlawanan, Willian.

Fulham 0 – 3 Arsenal | Kredit video: Astro Supersport

466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply