Arsenal buat tawaran € 35 juta untuk Houssem Aouar.

Kelab bakal bergelut dengan ‘pertarungan’ untuk melengkapkan perpindahan dalam beberapa hari akan datang.

Minggu lalu, laporan Le10 Sport menerbitkan sebuah artikel mengenai usaha Arsenal yang tidak mahu melepaskan Houssem Aouar.

Mereka menjelaskan bahawa tawaran yang dibuat The Gunners masih belum mencukupi untuk Lyon melepaskan pemain tengah mereka.

Malah mereka turut mendakwa The Gunners masih aktif mengejar pemain Perancis itu kerana Aouar tetap menjadi sasaran ‘utama’ Mikel Arteta.

Berdasarkan laporan itu, The Gunners kini merancang untuk melakukan tawaran yang lebih baik untuk menandatangani pemain tersebut.

Seminggu sebelumnya, Telefoot Chaine  mengatakan bahawa Aouar berminat untuk pindah ke Liga Perdana Inggeris dan menjelaskan tawaran telah dibuat kepada Lyon pada hari Khamis.

Mereka tidak mempunyai maklumat mengenai apa yang berlaku selepas tawaran tersebut dilakukan dan tidak menyedari berapakah jumlah tawaran itu.

Bagaimanapun terdapat laporan mengatakan tawaran yang dibuat Arsenal kepada Lyon adalah (mungkin) sekitar € 40 juta.

Sekarang (semalam) RMC telah bertindak, mereka melaporkan tawaran Arsenal adalah sebanyak € 35 juta, yang tidak cukup untuk meyakinkan pihak Ligue 1 bagi menjual Auoar.

Embed from Getty Images

Ada kemungkinan tindakan itu hanyalah langkah awal dilakukan Arsenal untuk menguji sejauh mana Lyon menilai rundingan itu dan akan ada perbincangan lebih lanjut dalam beberapa hari selepas itu (selepas tawaran terbaru dilakukan).

Begitupun, perlu diingat bahawa walaupun € 35 juta tidak kelihatan mencukupi namun RMC juga tidak menjelaskan sama ada tawaran tersebut telah ditolak.

Besar kemungkinan ianya sedang dalam proses rundingan ketika ini.

Nilai pasaran semasa Houssem Aouar, 22 tahun yang mencecah € 49.5 juta mungkin menyebabkan Lyon keberatan untuk melepaskannya kepada Arsenal (berdasarkan tawaran dibuat).
466Shares
About MyGooners 807 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply