Connect with us

Arsenal

Arsenal buka tirai EPL tanpa David Luiz.

Published

on

The Gunners mungkin kehilangan khidmat David Luiz selama ‘sekitar enam minggu’ selepas pemain itu bergelut dengan kecederaan leher.

The Athletic telah mendedahkan bahawa pemain Brazil itu mengalami kecederaan dalam kemenangan Perisai Komuniti ketika menentang Liverpool.

Masalah kecederaan Luiz kemudian bertambah buruk ketika berlatih dan kini tidak mengambil bahagian dalam sesi bersama rakan sepasukannya.

Menurut laporan itu, keputusan akhir mengenai kecergasannya akan dibuat menjelang aksi pembukaan Liga Perdana, Sabtu ini menentang Fulham.

Advertisement

Dan sekiranya rawatan yang diterima tidak bertindak balas seperti diharapkan, beliau kemungkinan akan diketepikan selama lebih dari sebulan.

Tetapi jika Luiz tidak sempat pulih sepenuhnya, ianya tidak mendatangkan masalah kepada Mikel Arteta.

Arsenal mempunyai banyak pilihan dalam posisi pertahanan dengan kelab kelihatan ingin menjual Sokratis setelah membawa masuk Gabriel dari Lille dan William Saliba dari Saint-Etienne.

Gabriel dan Saliba

Namun, sudah pasti Arteta lebih selesa dengan pemain sebelum ini dalam perlawanan pembukaan liga sebelum memberi peluang kepada mereka dalam Saingan Liga Perdana Inggeris.

Rob Holding dijangka bergabung dengan Newcastle secara pinjaman minggu lalu tetapi sekarang telah dibatalkan dan ini memberi peluang dan pilihan kepada diri pemain itu untuk membuktikan kehebatannya kepada Arteta.

Advertisement

Selain itu, Arsenal juga tanpa Calum Chambers dan Pablo Mari, kedua-duanya juga mengalami kecederaan.