Connect with us

Arsenal

Arsenal mungkin umumkan kontrak Aubameyang sebelum aksi sulung musim ini bermula.

Published

on

The Gunners akan membuka tirai musim 2020/21 dengan bertandang ke Craven Cottage menentang Fulham.

Lebih kurang dua hari sahaja lagi untuk kita semua menyaksikan aksi musim baharu, musim 2020/21.

Dan selaku peminat serta penyokong Arsenal, kita terlebih dahulu menyaksikan aksi ini dengan perlawanan The Gunners menentang Fulham disiarkan secara langsung di Astro Supersport 3 jam 7.30 malam, 12 September ini.

Menjelang pertemuan ini, skuad Arsenal masih diselubungi dengan beberapa isu ketidakpasti mengenai masa depan pemain.

Advertisement

Ini termasuklah penyerang berbisa kita, Aubameyang.

Jadual perlawanan secara langsung di saluran Astro.

Walaupun Arsenal telah membawa masuk beberapa muka baru, namun masa depan pemain antarabangsa Gabon itu telah mendominasi berita utama selama berbulan-bulan.

Ini membuatkan rata-rata peminat tertanya-tanya kerana kurangnya perkembangan pada kisah tersebut dalam beberapa minggu terakhir.

Namun, nampaknya kesepakatan baru Aubameyang telah dicapai dan akhirnya dapat diumumkan secara rasmi minggu ini, bahkan mungkin sebelum perlawanan pembukaan Arsenal menentang Fulham, menurut ESPN.

Kita pastinya berharap bahawa kita tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendengar berita yang sangat positif ini, lebih-lebih lagi Aubameyang telah membuktikan dirinya menjadi bahagian penting dalam skuad kendalian Mikel Arteta.

Advertisement

Pemain berusia 31 tahun itu mempamerkan aksi yang cukup hebat untuk Arsenal musim lalu, menjaringkan 29 gol di semua pertandingan, termasuk dua gol ketika menentang Manchester City di separuh akhir Piala FA dan dalam kemenangan terakhir ke atas Chelsea.

Kita pastinya juga dapat membayangkan betapa sukarnya kempen lalu untuk Arsenal dan situasi mungkin bertambah buruk sekiranya tanpa penjaring terbanyak kita itu.

Dan situasi sama juga mungkin berlaku bagi kempen kali ini sekiranya kita kehilangan Aubameyan.

Dengan perkembangan positif ini, sudah tentu kita semua mampu menarik nafas lega kerana mampu mengekalkan beliau untuk jangka panjang dan sudah pasti juga beliau sekali lagi mampu memberikan persembahan menarik dalam membantu Arsenal musim ini.

Advertisement

Sources have told ESPN that the Gunners were determined to ensure they did not lose Pierre-Emerick Aubameyang and Lacazette in the same transfer window.

Aubameyang has agreed a new three-year contract worth £250,000-a-week with the club expected to make a long-awaited confirmation announcement in the next few days and could even be before their opening Premier League fixture against Fulham on Saturday, sources have told ESPN.

Advertisement