Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Bertrand Traore menjadi pembelian besar keempat Aston Villa

Published

on

Penyerang antarabangsa Burkina Faso ini menyertai Aston Villa dari Olympique Lyon dengan yuran perpindahan sekitar £17 juta.

Bertrand Traore menandatangani kontrak empat tahun di Villa Park, dan menjadi pemain keempat dibawa masuk Villa selepas Matty Cash (Nottingham Forest), Ollie Witkins (Brentford), dan Emi Martinez (Arsenal).

Traore juga tidak asing untuk bekerja bersama pembantu pengurus kelab John Terry semasa tempoh bermainnya di Chelsea.

Advertisement

Lyon mendapat kembali 15 peratus klausa penjualan semula pemain berusia 25 tahun ini, yang mempunyai pengalaman bermain dalam Liga Juara-Juara untuk kelab Perancis ini musim lepas, dan menjaringkan empat gol dalam 32 penampilan dalam semua pertandingan.

“Kami gembira Bertrand telah memilih untuk datang ke Villa,” kata pengurus kelab Dean Smith.

“Dia seorang pemain berbakat besar yang akan meningkatkan pilihan serangan kami.”

Bertrand menyertai Lyon dari Chelsea dengan yuran perpindahan sekitar €10 juta pada Jun 2017 dan sudah menjaringkan 33 gol dalam 126 perlawanan dalam tiga musim, dan musim pertamanya bersama kelab merupakan musim paling produktifnya dengan menjaringkan 17 gol.

Advertisement

Kemasukan pemain ini menjadi rangsangan buat Smith, yang sudah mendedahkan Wesley tidak akan kembali dari kecederaan lutut sehingga tahun hadapan.

Statistik Bertrand Traore musim lepas.

Penyerang Brazil itu mengalami kecederaan anterior cruciate ligament yang serius ketika menentang Burnley pada Hari Tahun Baru dan Smith mengakui Wesley tidak akan kembali ke pasukan utama dalam masa terdekat.

Apabila ditanya mengenai potensi kembali pemain ini, Smith berkata: “Kami percaya ia akan menjadi kecederaan 12 bulan dan tiada sesiapa yang memberitahu kami perkara sebaliknya.

“Ia satu kecederaan yang sangat teruk. Dia sudah kembali bersama kami tetapi tidak sertai sesi latihan lagi.

“Dia sedang berusaha untuk kembali ke tahap asalnya dan bengkak di lututnya juga sudah tiada. Semoga dia cepat kembali secepat mungkin.”

Advertisement