“Bolasepak tanpa peminat ibarat sarkas tanpa badut” – Cristiano Ronaldo

Pemain bintang Juventus menyatakan kerinduan bermain di hadapan para penonton dan menggunakan satu anologi untuk menjelaskan kepentingan mereka.

Ia satu malam tonggak sejarah buat penyerang hebat ini, yang telah melepasi 100 gol antarabangsa dalam pertembungan Liga Negara-Negara ini, dan membantu Portugal mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Sweden. 

Perlawanan di Stockholm ini juga dimainkan tanpa kehadiran peminat berikutan wabak berterusan virus corona dan Ronaldo mendedahkan selepas itu bagaimana dia rindu untuk berinteraksi dengan para peminat.

“Tidak perlu rasa menyesal, saya suka mendapat siulan apabila saya melakukan sesuatu kerana ia menggigilkan saya. Tetapi kesihatan harus diutamakan, jika WHO mengatakan masih belum dalam keadaan selamat, jadi kita ikut. Perkara paling penting adalah kemanusiaan,” Ronaldo beritahu RTP dalam pasca-perlawanan.

“Bermain tanpa peminat ibarat pergi ke sarkas tetapi tidak dapat melihat badut-badut, seperti pergi ke taman dan tidak melihat bunga-bunga.”

Ronaldo, yang menjaringkan gol dalam setiap separuh masa dalam perlawanan menentang Sweden, kembali ke pasukan Portugal selepas diketepikan dalam perlawanan menentang Croatia (Portugal menang 4-1) dengan jangkitan kuman di ibu jari kaki. 

Sebelum perlawanan pada hari Selasa, terdapat spekulasi adakah Portugal bersedia beraksi tanpa Ronaldo, tetapi pemain berusia 36 tahun ini dengan yakin menafikan semua itu. 

Cristiano Ronaldo meraikan salah satu jaringan golnya menentang Sweden

“Saya tidak mengikuti berita, ia sekadar pendapat. Saya tahu saya sudah meninggalkan tanda kali terakhir saya bermain di stadium ini, dan sekarang masih sama,” katanya.

“Saya tidak pedulikan provokasi, apa yang saya telah lakukan sudah membuktikannya.

“Sudah tentu dengan penanda 100 gol, dengan dua gol hebat, saya sangat gembira. Masa depan dimiliki oleh Tuhan sahaja, saya mendapat keistimewaan untuk bermain dengan sekumpulan pemain ini, pengurus sudah mengenali saya, tiada apa lagi untuk dikatakan.

“Apabila saya mempunyai masalah dengan ibu jari kaki saya, saya tahu saya boleh pulih untuk perlawanan ini. Saya suka berada di sini, bersama kumpulan ini, bersama jurulatih ini, bersama kakitangan ini. Saya tahu dari perlawanan pertama semuanya akan baik-baik sahaja, pasukan kami sangat bagus.

“Saya akan mengejar (rekod gol antarabangsa) tetapi rekod-rekod bukanlah obsesi.”

Portugal, yang memenangi pertandingan sulung Nations League, telah memenangi empat perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dengan margin 14-1.

1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply