Connect with us

West Ham

David Moyes dan dua orang pemain West Ham positif COVID-19

Published

on

Pengurus the Hammers ini bersama-sama Issa Diop dan Josh Cullen telah menerima keputusan ujian positif corona virus sebelum perlawanan Piala Carabao menentang Hull City di Stadium London awal pagi tadi.

Mereka bertiga sedang bersiap untuk menghadapi perlawanan Piala Carabao semasa berita keputusan itu sampai kepada mereka, dan terpaksa meninggalkan Stadium London dengan kadar segera.

Jack Wilshere dan Harrison Ashby menggantikan tempat kesebelasan utama Cullen dan Diop untuk perlawanan tersebut.

Advertisement

Kelab timur London itu mendedahkan keputusan ujian positif COVID-19 merupakan penyebab mereka bertiga dikeluarkan dari skuad perlawanan, sementara mengesahkan perlawanan Piala Carabao mereka akan diteruskan seperti yang dirancang.

“West Ham United boleh mengesahkan David Moyes, Issa Diop dan Josh Cullen telah kembali dengan keputusan positif COVID-19,” kelab menjelaskan dalam satu kenyataan dalam laman sesawang rasmi mereka.

“Pasukan perubatan kelab telah dimaklumkan dengan keputusan-keputusan ujian tersebut semasa pasukan berada di Stadium London, persediaan menghadapi perlawanan pusingan ketiga Piala Carabao menentang Hull City pada petang Selasa. Pengurus dan kedua-dua pemain segera meninggalkan stadium dan pulang ke rumah.

“Mereka bertiga, yang tidak menunjukkan simptom, akan mengikuti garis panduan dan protokol Kesihatan Awam England dan Liga Perdana Inggeris.

Advertisement

“Semua pihak di West Ham menghantar ucapan selamat kepada David, Issa, dan Josh.

“Perlawanan hari Selasa diteruskan seperti yang dirancang, dengan Pembantu Pengurus Alan Irvine mengambil alih uruskan pasukan.

“Langkah-langkah dan protokol kelab sekitar COVID-19 kekal ketat. Ia termasuk menawarkan ujian kepada pasukan Hull City menjelang perlawanan ini – tawaran yang mereka pilih untuk tidak menerimanya.”

West Ham masih belum mengutip sebarang mata dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2020/21, tewas dua perlawanan pertama mereka kepada Newcastle United dan Arsenal.

Advertisement

Perlawanan menentang Hull diteruskan seperti yang dirancang, dengan West Ham mencatat kemenangan mudah 5-1 ke atas lawan mereka yang bermain di League One.

Gol-gol the Hammers dijaringkan oleh Robert Snodgrass dan dua gol masing-masing oleh Andrey Yarmolenko dan Sebastian Haller.

Sebastian Haller dan Andrey Yarmolenko meraikan jaringan gol menentang Hull City