Connect with us

La Liga

David Silva positif COVID-19

Published

on

Real Sociedad mengumumkan pemain baru mereka iaitu David Silva mendapat keputusan positif COVID-19.

Bekas pemain bintang Liga Perdana Inggeris ini tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19, tetapi akan kekal dalam pengasingan sehingga mendapat keputusan ujian negatif.

Pemain Sepanyol ini baru sahaja melengkapkan perpindahan ke kelab San Sebastian itu, meninggalkan Manchester City selepas 10 tahun bersama kelab besar Liga Perdana Inggeris itu.

Advertisement

Kepulangan Silva ke Sepanyol secara percuma telah mengejutkan Lazio selepas dia memilih untuk sertai Real Sociedad walaupun sudah berbincang mengenai perjanjian dengan kelab Itali itu.

Pemain tengah berusia 34 tahun ini masih belum sertai rakan sepasukan barunya untuk sesi latihan pra-musim dan kini akan terus menjalani pengasingan selepas mendapat keputusan ujian positif semalam.

“Real Sociedad mengesahkan David Silva menerima keputusan positif dalam ujian PCR yang dijalankan pada pagi ini di Policlínica Gipuzkoa,”bacaan satu kenyataan kelab.

“Ini merupakan ujian kedua yang diambil oleh pemain baru Real Sociedad ini dalam tempoh 72 jam terakhir, yang pertama diambil pada Jumaat lepas di Las Palmas de Gran Canaria dan mendapat keputusan negatif.

Advertisement

“David Silva tiba di San Sebastian pada waktu malam dengan menaiki penerbangan biasa dari Bilbao semalam. Ujian kedua dilakukan pada pagi ini, dan seperti yang dinyatakan dalam protokol kembali ke sesuatu aktiviti, keputusan ujian adalah positif.

“Semasa jam-jam awal ini d San Sebastian, David Silva tidak mempunyai peluang untuk pergi ke Zubieta atau menyapa rakan sepasukan barunya.

“Pemain tersebut sudah berada dalam pengasingan dan tidak menunjukkan sebarang simptom sepanjang masa itu. Kes ini sudah diberitahu kepada pihak berkuasa kesihatan.”

Silva berkata dia sudah menetapkan sasaran untuk memenangi trofi besama Real Sociedad selepas berpindah dari Manchester City, dan berharap dapat membantu kelab mencabar pasukan seperti Real Madrid dan Barcelona di puncak La Liga.

Advertisement

Semasa zaman bermainnya di Manchester City, Silva memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, lima Piala Liga, dan dua Piala FA sedang dia menjadi pemain kunci zaman emas kelab itu.

Silva membuat 40 penampilan musim lepas untuk the Citizens, menjaringkan enam gol dalam musim terakhirnya dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Real Sociedad menamatkan La Liga musim 2019/20 di tempat keenam, walau mereka hanya memenangi dua dari 11 perlawanan terakhir selepas penyambungan semula liga.

Advertisement