Eduardo Camavinga cipta sejarah pemain termuda bermain untuk Perancis

Pemain sensasi Rennes ini menjadi pemain termuda pasukan senior Perancis sejak 1914.

Camavinga masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-63 dalam kemenangan 4-2 Perancis ke atas Croatia dalam perlawanan UEFA Nations League pada awal pagi tadi waktu Malaysia, menggantikan N’Golo Kante untuk membuat debut antarabangsa pada usia 17 tahun 303 hari. 

Remaja ini menjadi pemain ketiga termuda membuat debut untuk Perancis apabila dia masuk ke dalam padang di Stade de France, menjadikan dia pemain termuda bermain untuk Perancis sejak Maurice Gastiger, yang membuat debut pada usia 17 tahun 128 hari pada tahun 1914.

“Pertama, saya rasa seronok dan berbangga untuk keluarga saya dan semua orang Perancis,” dia memberitahu TF1 selepas perlawanan itu.

“Saya tidak ada idea dari mana datang keyakinan ini, saya selalu bermain dengan pemain yang lebih tua, dan sudah tentu ia membenarkan saya untuk lebih matang untuk bermain bersama mereka.

“Agak gila juga minggu pertama di Clairefontaine, saya sudah pun bermain dengan the Bleuets (pasukan kebangsaan remaja Perancis). Saya sangat dialukan dan ia berjalan dengan baik.

“Ya, sasaran saya ialah untuk kembali, dan pertamanya adalah untuk menumpukan perhatian untuk menunjukkan prestasi yang baik juga dengan kelab saya kerana kami mempunyai perlawanan pada hari Ahad dan kemudian dengan pasukan kebangsaan jika saya dipanggil semula.”

Walaupun Real Madrid pernah menyatakan minat mereka terhadap Camavinga, pemain ini menegaskan dia mahu kekal di Rennes untuk musim 2020/21.

Camavinga berkata dia terinspirasi dengan Paul Pogba dan telah dibandingkan dengan rakan senegaranya itu, yang membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018.

Aksi Eduardo Camavinga menentang Croatia
1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply