Connect with us

Arsenal

Emiliano Martinez ‘terpaksa’ tinggalkan Emirates demi Argentina.

Published

on

Pengorbanan demi karier antarabangsa dan keinginan menjadi nombor 1.

Ejen Emiliano Martinez telah mengesahkan penjaga gol Arsenal ini akan meninggalkan Emirates kerana beliau mensasarkan peranan nombor satu di tempat lain setelah gagal mendapat kepercayaan Mikel Arteta.

Keinginan beliau itu turut didorong dengan usahanya untuk mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan Argentina.

Pemain berusia 28 tahun itu menjadi penjaga gol utama setelah kempen musim lalu disambung semula, menggantikan Bernd Leno yang cedera dan tampil cemerlang ketika The Gunners menjulang Piala FA.

Advertisement

Namun, dengan pemain Jerman itu kini kembali cergas dan pulih dari kecederaan, Mikel Arteta berhasrat untuk mengekalkan Leno sebagai nombor satu dan tidak dapat memberikan jaminan kepada Martinez sepanjang tempoh tersebut, iaitu mengharungi musim baharu (2020/21).

Aston Villa dilaporkan menjadi destinasi buat Emi setelah kelab itu membuat beberapa percubaan dengan tawaran terakhir dikatakan telah dipersetujui Arsenal.

Selepas gagal berada dalam senarai skuad menentang Fulham pada hari Sabtu dalam perlawanan pertama musim baharu Liga Perdana Inggeris, ejen mendedahkan bahawa keinginan penjaga gol itu untuk berpindah didorong oleh harapannya untuk menjadi pemain nombor satu Argentina.

“Senario yang paling mungkin adalah Emi Martinez meninggalkan Arsenal kerana dia mahu bermain,” kata ejen, Lucas Martinez Quarta kepada TyC Sports.

Advertisement

“Dia bercita-cita menjadi penjaga gol utama untuk pasukan kebangsaan dan bersedia meninggalkan Emirates [Arsenal] dengan alasan layak menjadi pemain nombor satu Argentina.”

Dan pendedahan ejen itu disokong oleh penjelasan Arteta pada sidang media sebelum perlawanan dan mengisyaratkan bahawa dorongan penjaga gol untuk sentiasa beraksi bersama pasukan utama secara tetap biasanya boleh menyebabkan seseorang itu berpindah keluar.

“Kami mempunyai beberapa pemain yang sangat bagus dalam pelbagai posisi.

“Sebahagian daripadanya rumit dan jelas, kelab lain datang kepada kami dan mereka berminat dengan pemain kami, ” jelas Arteta.

Advertisement

“Sangat sukar untuk menjanjikan masa permainan bagi setiap pemain atau menjadi pilihan pertama.

“Ini adalah sebahagian dari tempoh ini di pasaran.

“Kami cuba menguruskan situasi dengan sebaik mungkin dengan setiap pemain terus mengharapkan sesuatu yang pasti, dan kami berusaha untuk menyenangkan mereka sebagai kelab, dan kami membuat keputusan untuk itu. ”

Arsenal dipercayai berminat untuk menandatangani penjaga gol Brentford, David Raya sebagai pengganti Martinez, walaupun kelab Championship itu menegaskan mereka tidak berhajat menjual penjaga gol itu.

Selain Raya, Arsenal juga dilaporkan berminat untuk menandatangani penjaga Dijon FCO, Rúnar Alex Rúnarsson.

Advertisement
Arsenal dilaporkan berhajat mendapatkan Rúnar Alex Rúnarsson dari pasukan Ligue 1 Dijon dengan harga £1.5juta bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Emi Martinez.

2 calon penjaga gol – pengganti Emi Martinez yang akan berpindah ke Aston Villa :

Runar Alex Runarsson

  • Kelab : Dijon FCO
  • Negara : Iceland
  • Umur : 25 tahun
  • Tinggi : 186 cm
  • Harga : €1.2 juta

David Raya Martin

  • Kelab : Brentford FC
  • Negara : Sepanyol
  • Usia : 25 tahun
  • Tinggi : 183 cm
  • Harga : €4 juta