Genoa menjadi destinasi baru Davide Zappacosta

Pemain bek kanan Chelsea ini menyertai kelab Serie A Genoa secara pinjaman semusim.

Davide Zappacosta, 28 tahun, tiba di Stamford Bridge dalam perjanjian £22.5 juta dari Torino pada Ogos 2017, dan telah membuat 52 penampilan untuk the Blues.

Dia menghabiskan musim lepas secara pinjaman di AS Roma, di mana dia terlepas hampir keseluruhan kempen selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament tetapi kembali untuk membuat enam penampilan untuk pasukan bimbingan Paulo Fonseca yang menamatkan musim di tempat kelima liga.

Pemain bek Itali ini menjadi sasaran beberapa pasukan Serie A termasuklah Fiorentina dan Atalanta, menurut Sky in Italy.

Sehingga musim lepas, Zappacosta sudah membuat sejumlah 94 penampilan Serie A hasil kariernya bersama Torino (4 musim – 2014/15 – 2017/18) dan Roma (1 musim – 2019/20).

Genoa, yang terselamat dari penyingkiran ke Serie B pada hari terakhir musim lepas, sedang aktif dalam perpindahan pemain musim panas ini dan telah mengesahkan kemasukan pemain sayap Juventus Marko Pjaca secara pinjaman bersama-sama Zappacosta.

466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply