Arsenal
Ian Wright pujuk bapa Pierre-Emerick Aubameyang.
Published
4 years agoon
Usaha bekas pemain Arsenal dalam mengekalkan Aubameyang di Emirates.
Lagenda Arsenal, Ian Wright bertemu bapa Pierre-Emerick Aubameyang selepas menegaskan The Gunners perlu memastikan masa depan penyerang Gabon itu terus kekal di Emirates.
Kontrak penyerang berusia 31 tahun itu bakal tamat pada penghujung musim ini tetapi Mikel Arteta terdesak untuk melanjutkan kontrak kapten pasukan itu dalam usahanya mengembalikan kegemilangan Arsenal.
Beberapa laporan sebelum ini menyatakan Aubameyang bersetuju dengan kontrak baharunya yang dipercayai bernilai £250,000 seminggu, namun sehingga ke hari ini, ianya masih belum ditandatanganinya.
Ketidaktentuan masa depan penyerang berbisa ini meresahkan peminat dan penyokong The Gunners kerana beliau merupakan penjaring terbanyak pasukan walaupun dengan situasi ‘bergolak’ yang dialami Arsenal musim lalu.
Bintang Gabon yang meledak 71 gol dalam 110 perlawanan buat The Gunners adalah pencetus utama kejayaan skuad kendalian Arteta pada aksi Piala FA dan Perisai Komuniti baru-baru ini.
🎯 Most goals by PL players in 2020 (all competitions):
1️⃣6️⃣ Pierre-Emerick Aubameyang (22 apps)
1️⃣3️⃣ Anthony Martial (29)
1️⃣2️⃣ Bruno Fernandes (22)
1️⃣2️⃣ Gabriel Jesus (28)#FULARS pic.twitter.com/ENqSI4VYIH— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) September 12, 2020
Malah penyerang itu membuktikan sumbangannya cukup penting bagi kelab Utara London itu dengan menjaringkan salah satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Fulham, Sabtu lalu.
“Dia harus tandatangani, semudah itu, saya tidak akan berputus asa. (Saya akan membawa kontrak itu kepadanya secara peribadi) jika saya perlu lakukannya!”
Mampukah Wright mempengaruhi bapa Aubameyang dalam memujuk penyerang berbisa kita ini untuk kekal lebih lama?
Semoga semuanya berjalan lancar!
#COYG #WeAreTheArsenal
Pierre-Emerick Aubameyang has agreed a new three-year contract worth £250,000-a-week. Announcement could be made in next few days before Arsenal's opening Premier League fixture against Fulham on Saturday [ESPN] pic.twitter.com/2IClwdPjLR— AFTV (@AFTVMedia) September 9, 2020
2 – Pierre-Emerick Aubameyang is the first player to score on MD1 in consecutive Premier League seasons for Arsenal since Robert Pires in 2003-04 & 2004-05. Leader. #FULARS pic.twitter.com/RyOXXwvBcc— OptaJoe (@OptaJoe) September 12, 2020
You may like
-
Aubameyang banyak cakap, patut fokus pada bolasepak.
-
Tuchel gesa Aubameyang untuk buktikan Arsenal salah.
-
Ejen pemain mendedahkan kegembiraan semasa perpindahan keluar.
-
Barcelona perlu menjual Aubameyang untuk menandatangani dua bek sayap.
-
Arteta ‘geram dan marah’ kepada Aubameyang?
-
Ejen dan wakil pemain menelefon Arteta pada hari tarikh akhir.
You must be logged in to post a comment Login