Jack Grealish menerima panggilan pertama skuad senior England

Pemain tengah Aston Villa ini merupakan pengecualian kontroversi apabila Gareth Southgate menamakan pasukannya untuk menghadapi dua perlawanan UEFA Nations League, tetapi kini sudah mendapat peluangnya.

Jack Grealish menerima panggilan seior pertama sertai skuad England Gareth Southgate selepas beberapa pemain terpaksa menarik diri keluar dari skuad.

Penyerang Manchester United Marcus Rashford sudah menarik diri dari skuad dengan kecederaan buku lali, manakala pemain tengah Tottenham Hotspur Harry Winks juga menarik diri, meninggalkan ruang di dalam skuad senior, yang salah satunya telah diisikan oleh pemain bintang Aston Villa ini.

England akan menentang Iceland di Reykjavik dalam kejohanan UEFA Nations League pada 5 September sebelum menjadi tuan rumah menentang Denmark empat hari kemudian.

Kapten Villa ini pernah mewakili pasukan bawah 21 England dan merupakan salah seorang pemain pasukan bimbingan Soutgate yang memenangi Kejohanan Toulon 2016, selepas memilih untuk mewakili the Three Lions bukan Republik Ireland.

Jack Grealish semasa bermain untuk pasukan bawah 21 tahun England

Grealish mungkin menjadi salah seorang pemain England yang akan membuat debut senior England menentang sama ada Iceland atau Denmark, bersama-sama pemain pertahanan Wolves Conor Coady dan pemain versatil Arsenal Ainsley Maitland-Niles, yang juga mendapat panggilan lewat sertai pasukan England berikutan pengumuman asal skuad Southgate minggu lepas.

Phil Foden (Man City), Kalvin Phillips (Leeds United), dan dua pemain Manchester United Mason Greenwood dan Dean Henderson juga mungkin akan memenangi cap senior pertama mereka dalam perlawanan antarabangsa akan datang.

Grealish merupakan pemain utama untuk Aston Villa musim lepas, menjaringkan 10 gol dan membuat lapan bantuan gol dalam 41 penampilan dalam semua pertandingan kempen 2019/20, menjadikan dirinya pemain tidak ternilai dalam pasukan Dean Smith yang nyaris-nyaris tersingkir dari Liga perdana Inggeris.

Penolakan awal dari sertai skuad England oleh Southgate telah mengundang kritikan dari peminat-peminat England di sosial media dan juga oleh beberapa pengkritik, termasuklah bekas kapten England dan pemegang rekod jaringan gol Wayne Rooney.

Rooney memberitahu talkSPORT sebelum panggilan lewat Grealish:  “Sangat mengejutkan. Dia mempunyai satu musim yang menakjubkan.

“Saya sudah berada di sana semasa saya masih seorang pemain muda di Everton dan pasukan mungkin tidak dalam standard saya, dan saya fikir itulah keadaan Jack sekarang – Aston Villa bukan kelab standard untuk pemain sepertinya.

“Saya tidak ada idea kenapa dia tidak berada dalam pasukan. Dia sepatutnya ada dalam pasukan. Walau dia hanya berada dalam skuad untuk berlatih dan kami membawanya masuk untuk bermain selama 10 minit untuk melihat karekternya dan lihatlah bagaimana reaksinya. Sangat mengejutkan dia tidak berada dalam skuad.”

0Shares

Be the first to comment

Leave a Reply