Jude Bellingham pemegang rekod baru Borussia Dortmund

Pemain remaja Inggeris ini memecah rekod semasa menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0 ke atas MSV Duisburg.

Rekod baru yang dipegang oleh Jude Bellingham ialah penjaring gol termuda dalam sejarah Borussia Dortmund.

Pemain berusia 17 tahun ini, menyertai kelab Jerman ini dari Birmingham City dalam perjanjian £23 juta pada July, membuat debut Dortmund dalam perlawanan pusingan pertama DFB-Pokal.

Seperti yang dilakukan Bellingham ketika bersama Birmingham City (menjadi penjaring gol termuda kelab pada musim lepas), dia mencipta rekod baru untuk pasukan barunya pada usia 17 tahun 77 hari.

Rekod ini pernah dipegang oleh Nuri Sahin, yang berusia 17 tahun 82 semasa dia menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan kompetitif untuk kelab.

Dalam perlawanan menentang Duisburg itu, Jadon Sancho menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-14 sebelum Bellingham menggandakan pendahuluan mereka pada minit ke-30. Pemain tengah ini dikeluarkan pada separuh masa.

Sebarang harapan untuk pasukan tuan rumah mendapatkan sesuatu dalam perlawanan ini musnah sebelum rehat separuh masa apabila Dominic Volkmer dibuang padang atas kesalahan profesional ke atas Erling Haaland, dan Thorgan Hazard menjaringkan gol ketiga pasukannya menerusi sepakan percuma yang diberikan hasil dari kesalahan tersebut.

Giovanni Reyna dan Marco Reus, yang menjaringkan gol dalam masa 35 saat selepas dimasukkan, menambah gemilang keputusan perlawanan pada separuh masa kedua sedang Dortmund memanaskan badan sebelum perlawanan pembukaan Bundesliga menentang Borussia Mochengladbach.

Persembahan Bellingham dalam perlawanan ini hanya menambah jangkaan di sekelilingnya sejak dia mula menunjukkan bakatnya di English Championship.

Tetapi jurulatihnya Favre baru-baru ini berkata yang dia gembira dengan caranya menyesuaikan diri ke dalam pasukan barunya dan kagum dengan keyakinan serta sifat fizikalnya.

“Jude telah menyesuaikan dengan sangat baik. Dia penuh dengan keyakinan,” katanya dua minggu lepas.

“Dia memberikan sifat agresif dan fizikal di bahagian tengah kami, yang sangat bagus untuk kami.

“Jude sangat menarik perhatian, walaupun baru sahaja berusia 17 tahun.”

Jude Bellingham dijangka menjadi aset penting Dortmund dan England beberapa tahun akan datang
466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply