“Kami bercakap melalui telefon” – Pengarah sukan dedahkan perbualan bersama Edu.

Arteta ‘sangat menghargai’ Aouar untuk Arsenal.

Houssem Aouar adalah salah seorang pemain yang menjadi rebutan musim panas ini dan perkembangan perpindahan beliau pastinya membuat peminat teruja dengan prospek dia bakal menyertai kelab mereka.

Bagi kelab Liga Perdana Inggeris, nama-nama besar seperti Liverpool, Manchester United, Chelsea dan Manchester City merupakan antara mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda Lyon ini.

Terbaru, Arsenal juga terpalit dengan khabar angin untuk mendapatkan pemain itu namun Lyon tetap bertegas dengan pendirian mereka sebagaimana dilakukan sebelum ini dalam urusan penjualan pemain.

Walaupun Aouar tidak perlu bersuara namun situasinya bersama Lyon sangat jelas dimana beliau gembira disana, namun perkembangan semasa dirinya telah mengheret kelab itu ke dalam situasi tekanan.

Pun begitu ianya juga menguntungkan kelab Perancis tersebut dan itulah salah satu alasan mengapa mereka senang membincangkan mengenai masa depan pemain itu secara terbuka.

Juninho, Pengarah Sukan Lyon telah bercakap dengan RMC dan ketika di soal mengenai Aouar dan potensi berpindah ke Arsenal, beliau disebut sebagai: “Saya berkawan dan mempunyai hubungan baik dengan pengarah sukan (Edu).

“Kami bercakap melalui telefon.

“Arteta sangat menghargai Houssem Aouar.

“Terdapat beberapa perbincangan untuk Matteo Guendouzi yang juga pemain yang baik.

“Dia disebut semasa perbincangan.

“Tetapi ini bukan profil yang kami perlukan, kami sangat jelas.

“Sekiranya seperti itu, itu sama sekali tidak menarik minat kami, jadi kita berhenti. “

Penjelasan itu menyokong dakwaan terdahulu, dari beberapa sumber Perancis mengatakan Arsenal telah menawarkan Matteo Guendouzi sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian untuk bintang Lyon itu.

Dengan jelas bahawa pasukan Ligue 1 tidak berminat, Edu harus mencari jalan baharu untuk The Gunners jika masih berhasrat untuk mendapatkan Aouar.

Salah satu rancangan yang boleh dipertimbangkan ialah menggunakan Alexandre Lacazette, yang telah didedahkan oleh Juninho bahawa dia bercakap mengenainya, namun gaji penyerang itu akan menjadi satu masalah lain kepada mereka.

Mengenai minat Manchester City dan kelab lain, Juninho berkata: “Saya rasa ia berlaku secara langsung dengan ejen.

“Kami tidak dihubungi secara langsung (direct).

“Mungkin Vincent Ponsot (pengurus besar) dihubungi oleh Manchester City, saya tidak pasti.

“Dengan dua pasukan ini, mereka adalah dua pasukan besar yang bermain untuk memenangi CL setiap tahun, mereka mempunyai kemampuan untuk itu dan itu menjadi impian setiap pemain. ” jelas Juninho mengenai minat City dan PSG.

“Saya tidak tahu sama ada Houssem bersedia atau mempunyai keinginan untuk mencuba bersama Ligue 1 yang hebat seperti PSG.

“Bagi City, tentu saja Guardiola menghargai pemain itu, tetapi adakah profil yang mereka cari hari ini?

“Kami juga tidak tahu dan kami belum menerima tawaran rasmi. “

466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply