“Kami sedang mengusahakannya” – Ketua Napoli mahukan Sokratis.

Pengerusi kelab sahkan minat untuk menandatangani pemain Arsenal.

Ketua kelab Napoli, Aurelio De Laurentiis telah mengesahkan bahawa kelabnya sedang berusaha untuk menandatangani pemain pertahanan Arsenal, Sokratis Papastathopolous.

Aurelio De Laurentiis, pengerusi kelab Napoli. Kredit foto: Goal

Laporan tersebar dalam beberapa minggu terakhir menunjukkan bahawa kelab dari Itali itu berminat untuk mendapatkan pertahanan tengah The Gunners, terutamanya jika Kalidou Koulibaly meninggalkan mereka seperti yang dijangkakan.

Usaha untuk mendapatkan Sokratis nampaknya semakin dekat dengan laporan Corriere Dello Sport semalam mendakwa bahawa dia (Laurentiis) ‘melakukan segala-galanya’ untuk mendapatkan pertahanan Arsenal dan perbincangan sedang ‘dilakukan’ untuk membuat langkah itu berlaku.

Bagaimanapun nada laporan turut bagaikan memberitahu bahawa Sokratis sendiri mahu meninggalkan Emirates setelah ‘tidak lagi mendapat kepercayaan Arteta’ dan kesepakatan dapat dicapai lebih cepat daripada yang dirancang.

Laporan itu juga mengatakan bahawa, Napoli adalah destinasi yang sesuai buat Sokratis memandangkan hubungannya dengan pengurus kelab itu, Gennaro Gattuso yang merupakan rakan sepasukannya di AC Milan satu ketika dahulu.

Kedua-dua kelab masih belum bersetuju dengan nilai bayaran dan The Gunners kemungkinan bersedia menjual pemain itu bagi memberikan dana kepada Mikel Arteta untuk mengukuhkan skuadnya dengan pembelian pemain lain.

Terdahulu, Arsenal musim ini telah membawa masuk dua pertahanan tengah, Gabriel Magalhaes (€26 juta), Pablo Mari (€8 juta) dan pertahanan kanan, Cedric Soares (percuma).

Selain itu juga, The Gunners turut diperkuatkan lagi dengan kembalinya pemain yang dipinjamkan musim lalu, William Saliba (pertahanan tengah) dan Mohamed Elneny.

Malah Arsenal turut menandatangani secara percuma pemain sayap veteran, Willian dari Chelsea.

De Laurentiis kini telah mendedahkan bahawa perbincangan sedang berlangsung, dengan mereka kini sedia melengkapkan urusan perpindahan pemain yang menjadi sasaran mereka secepat mungkin.

“Papastathopoulos?

“Kami sedang mengusahakannya, kami memantaunya,” katanya kepada Kiss Kiss Napoli sebagaimana disampaikan oleh Calcio Napoli 24.

Embed from Getty Images
466Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply