Kelab baharu Unai Emery hubungi pemain Arsenal.

Unai Emery

Sasaran alternatif yang berpotensi untuk menjadi keutamaan.

Kelab Sepanyol, Villarreal telah menghubungi Arsenal mengenai potensi mendapatkan penjaga gol yang sedang hangat ketika ini, Emiliano Martinez.

Tindakan itu dilakukan mereka setelah mengalami kesukaran untuk mencapai kesepakatan penjaga gol Granada,Rui Silva.

El Submarino Amarillo (The Yellow Submarine) telah melakukan pembaikan pada musim panas ini dengan melantik pengurus baharu, Unai Emery.

Dan bekas pengendali The Gunners itu berminat untuk memperbaiki serta mengukuhkan skuad bagi menghadapi saingan musim ini.

Mereka telah membawa masuk Francis Coquelin, Takefusa Kubo dan Dani Parejo tetapi masih meneruskan usaha membina kembali skuad dan mensasarkan Silva dari Granada.

Bagaimanapun usaha mereka terbantut setelah Granada meminta sekurang-kurangnya € 15 juta untuk pemain antarabangsa Portugal itu.

Setakat ini masih tiada pelamarnya, termasuk Villarreal yang mendekati harga itu.

Sebaliknya, menurut Estadio Deportivo, Villarreal telah mengalihkan perhatian mereka ke tempat lain untuk mencari pilihan alternatif dan satu pilihan mereka adalah Martinez dari Arsenal.

Laporan Estadio Deportivo mengenai kesukaran Villarreal mendapatkan penjaga gol Granada.

Laman web tersebut menyatakan bahawa mereka telah ‘menguji’ The Gunners ke atas penjaga gol, yang mungkin diterjemahkan sebagai mereka telah membuat pertanyaan mengenai ketersediaan Emi untuk dilepaskan (dijual).

Bagaimanapun laporan itu menimbulkan persoalan bagaimana maklumat yang disampaikan mereka itu, dengan gagal menyatakan bagaimana pertanyaan tersebut diterima oleh pihak Arsenal, atau adakah The Gunners mahupun Martinez terbuka untuk berpindah.

Embed from Getty Images

Berita itu menarik kerana bukan sahaja melihatkan Martinez akan kembali bersatu dengan Emery, tetapi juga menambah ‘perisa’ dengan berita yang sedang hangat diperkatakan di sekitar Argentina dalam beberapa minggu terakhir.

Martinez telah mempamerkan aksi yang mengagumkan untuk Arsenal musim lalu setelah mengambil tugas utama dari Bernd Leno yang cedera, tetapi pemain Jerman itu nampaknya kekal sebagai pemain nombor satu sebagaimana diperkatakan Mikel Arteta.

Itu menyebabkan banyak laporan dan memang komen dari Martinez, bahawa dia sedia berpindah musim panas ini sekiranya tawaran yang tepat muncul dan tawaran itu mungkin datang dari bekas pengurusnya yang kini bersama Villarreal.

Petikan sebahagian laporan Estadio Deportivo

On 23rd July 2020, Villarreal CF officially appointed Unai Emery as the men’s first-team head coach. Emery has an impressive coaching record and has great ambitions for the future of the team. “I identify with the club’s philosophy, the culture of effort and sacrifice, that’s something that attracts me,” he commented in his first press conference with the club on 27th July 27th 2020. – Medium

Unai Emery, Villarreal. Kredit foto: Medium

Kredit gambar utama: Medium

1Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply