Connect with us

AS Roma

Kesilapan pendaftaran Amadou Diawara, AS Roma berdepan dihukum tewas 3-0

Published

on

AS Roma mungkin terpaksa menyerah kalah keputusan 3-0 dalam perlawanan pembukaan Serie A musim baru ini selepas melanggar peraturan pendaftaran pemain.

Roma terikat tanpa jaringan menentang Hellas Verona pada Sabtu lepas, namun keputusan tersebut mungkin akan ditukar ke kekalahan 3-0.

Pemain tengah Guinea yang berusia 23 tahun pada Julai (dilahirkan pada 17 Julai 1997) lalu tetapi telah tersilap dimasukkan ke dalam pasukan bawah 22 tahun dalam pasukan 25 orang pemain skuad musim baru ini.

Advertisement

Pemain-pemain berusia 22 tahun tidak dikira dalam jumlah keseluruhan 25 pemain, bermakna pemain tambahan boleh dimasukkan ke dalam skuad.

Apabila tidak didaftarkan sebagai salah seorang daripada 25 pemain skuad, Diawara tidak layak untuk bermain dalam perlawanan pembukaan di Verona, tetapi dia bukan sahaja disenaraikan sebagai pemain permulaan bersama-sama Jordan Veretout di bahagian tengah malah bermain majoriti 90 minit permainan.

Peraturan-peraturan Serie A mencadangkan Roma seharusnya didenda dengan kekalahan 3-0.

Pada 2016, Sassuolo juga menderita atas sekatan ini selepas pemain tengah mereka Antonino Ragusa tanpa tidak disertakan dalam senarai 25 orang pemain skuad.

Advertisement

Roma sekarang harus menunggu keputusan dari Serie A dan mungkin membuat keputusan untuk membuat rayuan jika keputusan tidak memihak kepada mereka.

Senarai 25 pemain mereka tidak diisi. Masih ada empat ruang lagi, bermakna kelab boleh berhujah tidak ada niat buruk di pihak mereka, hanya satu kesilapan jujur.

Menurut Sky Sports Italia, Roma telah mengaku kesilapan mereka tetapi telah berhujan apabila senarai mereka telah diserahkan, sistem sepatutnya memberi tanda terdapat kesilapan pada umur Diawara. Jika begitu, liga mungkin boleh mengesahkan sama ada amaran tersebut telah dihantar atau tidak.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply