Connect with us

Arsenal

Mengapa perbincangan PSG untuk Matteo Guendouzi tidak akan berjaya.

Published

on

Pemain muda Arsenal dikatakan akan dilepaskan dari kelab pada musim panas ini.

Kapten U21 Perancis, Matteo Guendouzi menjadi sasaran PSG musim panas ini, tetapi pada masa ini tiada agenda untuk kelab tersebut mendapatkan pemain Arsenal itu.

Itu adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Foot Mercato dan RMC serta disahkan oleh sumber yang dihubungi Get French Football News.

Gergasi Perancis itu khususnya sedang mempertimbangkan kesepakatan pada awal bulan Ogos dan pertemuan berlaku di Lisbon semasa Final 8 untuk membincangkan sebarang kemungkinan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, kesepakatan sangat tidak mungkin terjadi.

Menurut laporan itu, meraka berminat untuk mendapatkan Guendouzi dan ingin memasukkan pemain mereka, Julian Draxler dalam sebahagian rundingan perpindahan itu.

Bagaimanapun, Draxler yang mempunyai baki kontrak sehingga Jun 2021 dikatakan tidak berniat meninggalkan ibu kota Perancis.

Guendouzi ingin bergabung dengan PSG, setelah menghabiskan sebahagian karier mudanya di sana, tetapi PSG harus menjual pemain mereka terlebih dahulu sebelum ingin membuat sebarang pembelian.

Atletico Madrid juga terus berminat terhadap bekas pemain Lorient itu.

Advertisement

Seperti yang dilaporkan oleh L’Équipe, PSG berusaha untuk meningkatkan jumlah penjualan mereka sebanyal € 60 juta pada jendela perpindahan ini sebelum membuat pembelian baharu.

Dan urusan perpindahan melibatkan Guendouzi bukanlah semudah yang disangka mereka, terutamanya kerana idea pinjaman dengan kewajipan membeli telah dibincangkan dan nampaknya Arsenal tidak berminat untuk menjalankan urusniaga seperti yang dicadangkan PSG.

Arsenal menginginkan sekurang-kurangnya € 35 juta untuk berpisah dengan pemain Perancis itu, tetapi pemain itu telah menolak cadangan dari Valencia, Villarreal dan Atalanta sebagaimana (menurut) akhbar itu.

Perbincangan dengan FC Barcelona, ​​yang penuh semangat sebelum Final 8 telah berakhir setelah kedatangan Ronald Koeman.

Advertisement

Sementara itu, Guendouzi dilihat telah kembali menjalani latihan bersama pasukan Arsenal setelah menamatkan tugasan bersama skuad U21 Perancis bagi aksi kelayakan UEFA European Under-21 Championship.