Mungkinkah ini musim terakhir kita melihat Aguero bersama City?

Man City ketika ini ‘tidak mempertimbangkan’ untuk pembaharuan kontrak penyerang utama mereka.

Manchester City ingin memperbaharui kontrak Sergio Agüero sejak berbulan-bulan lamanya, namun menurut Lucas Scagliola, saat ini pembaharuan tidak dipertimbangkan.

Kontrak pemain Argentina itu akan berakhir pada bulan Jun 2021 bersama City.

Sekiranya ia tidak berlaku, pemain tersebut mampu berunding dengan mana-mana kelab pada Januari nanti.

Sergio merupakan penjaring gol terbanyak City sepanjang masa dan telah menjaringkan 254 gol dalam 370 penampilannya untuk menjadikan dirinya sebagai lagenda kelab.

Bercakap kepada media pada 2016, Aguero mengatakan bahawa setelah kontraknya berakhir bersama Man City, dia akan kembali ke kelab asalnya (ketika remaja) – Independiente, di mana dia memulakan kariernya sebelum pindah ke Atletico Madrid.

Mungkinkah ini musim terakhir kita melihat Aguero beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris?

0Shares
About MyGooners 797 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply