Penjelasan Sandro Tonali mengapa dia sertai AC Milan

Pemain tengah prospek Itali Sandro Tonali menjelaskan dia “menutup semua pintu lain” apabila pasukan zaman kanak-kanaknya AC Milan menyatakan dengan jelas keinginan mereka untuk menandatanganinya.

AC Milan mengumumkan kemasukan pemain antarabangsa Itali itu secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli dengan harga €35 juta pada minggu lepas selepas tiga musim mengagumkan bersama Brescia.

Tonali, yang dibandingkan dengan Andrea Pirlo, dikatakan akan menyertai pasukan seteru bandar Inter Milan, tetapi dia berkata peluang untuk sertai Rossoneri terlalu bagus untuk ditolak. 

“Semua orang menyokong Milan di tempat saya, termasuk ayah saya, yang menurunkan minat ini kepada saya semasa saya kecil,” dia memberitahu dalam sidang media.

“Saya mahu memakai jersi ini. Saya tidak banyak bercakap dengan Massimo Cellino [presiden Brescia], tetapi dia terus sedar apa maknya kepada saya. Dia berkata dia benarkan saya membuat pilihan dan dia memegang kata-katanya.

“Saya bertanya kepadanya untuk mengusahakan ini untuk saya dan dia lakukannya. Apabila saya sedari peluang untuk sertai Milan ini, saya tutup semua pintu yang lain. Saya perlu pergi ke Milan. 

“Ejen saya yang banyak berunding dengan Inter, jadi dia meninggalkan saya supaya saya tidak terganggu. Sebaik sahaja saya mendengar tentang Milan, dan dia tahu saya menyokong mereka, kami berbincang dan saya biarkan dia melakukan kerjanya.”

Seorang pemain tengah yang berbakat secara teknikal dikenali dengan kebolehan menggelecek dan hantaran bola, Tonali menjaringkan satu gol dan membuat tujuh bantuan gol untuk Brescia dan mereka tersingkir dari Serie A dalam musim 2019/20.

Dia mungkin membuat debut dalam perlawanan kelayakan Europa League menentang Shamrock Rovers pada hari Khamis, berpotensi untuk bermain bersama salah seorang idolanya, Zlatan Ibrahimovic.

“Kami tidak boleh menunggu, kami hanya mahu pergi ke sana dan bermain, tambahnya,”

“Ia kualiti yang sangat tinggi dalam skuad ini dan semua rakan pasukan – bermula dengan Ibrahimovic – menyampaikan keinginan untuk menang. Kami mahu membuktikan apa yang kami boleh lakukan di atas padang.

“Ibra adalah salah seorang idol, seseorang yang saya minati semasa zaman bermainnya di Milan. Dia menggalas tanggungjawab pasukan di bahunya dan membawa mereka ke arah kejayaan. Dia seorang yang boleh dijadikan sebagai pemain contoh.”

Sandro Tonali tidak sabar untuk bergandingan bersama salah seorang pemain idolanya, Zlatan Ibrahimovic
466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply