Sasaran seterusnya Atlético Madrid adalah Lucas Torreira.

Pemain Arsenal gembira untuk berpindah dengan pengurusan kelab mempunyai formula perpindahan.

Atlético Madrid telah mendapatkan khidmat Luis Suárez dan ‘sasaran mereka seterusnya’ adalah menandatangani Lucas Torreira dari Arsenal, menurut AS.

Dakwaan bahawa perbincangan dan rundingan berterusan telah diadakan bersama pemain tengah itu dengan semua pihak yang terlibat mempertahankan keyakinan dalam menyelesaikan rundingan tersebut.

Malah turut dipercayai keputusan rundingan itu juga akan mampu memuaskan semua pihak.

Pasukan La Liga itu terlebih dahulu perlu mengosongkan ruang dalam skuad mereka dan mereka dapat melakukannya dengan membiarkan Héctor Herrera meninggalkan kelab.

Pemain tengah Atletico Madrid dan Mexico, Hector Herrera, 30, adalah salah satu sasaran utama West Ham dalam jendela perpindahan Januari dan mereka masih boleh mencuba menandatanganinya pada musim panas ini.

Pengarah sukan Atlético, Andrea Berta ingin mendapatkan Torreira dengan perjanjian pinjaman tanpa kewajipan untuk membeli dan tidak mahu berkompromi dengan perkara ini.

The Gunners, bagaimanapun, lebih suka memasukkan pilihan pembelian wajib dalam klausa perpindahan pinjaman tersebut.

Arsenal membayar € 30 juta untuk membawa masuk pemain Uruguay itu pada tahun 2018 dan mereka kini menilainya pada nilai sekitar € 24 juta.

Arsenal membawa masuk Torreira pada tahun 2018 dengan bayaran secara ansuran dan masih berhutang kepada Sampdoria hingga ke hari ini.

The Gunners masih perlu membayar € 18 juta kepada Sampdoria dan oleh itu, mereka ingin menjual pemain berusia 24 tahun itu dengan harga lebih dari €20 juta untuk memperolehi sedikit keuntungan.

Torreira pula difahamkan menyambut baik perkembangan itu (perpindahan) dengan kemungkinan menyertai pasukan Diego Simeone, dan telah mengadakan perbincangan dengan pengurus kelab Sepanyol itu dalam tiga kesempatan.

Nilai pasaran semasa Torreira mengikut Transfermarkt.

Arsenal juga akan menyambut baik langkah ini kerana pemain tersebut tidak termasuk dalam rancangan Arteta.

Sekiranya pasukan Simeone dan Arsenal dapat mencapai persetujuan mengenai syarat perpindahan, maka Torreira dapat menyelesaikan perpindahannya ke Atlético Madrid.

466Shares
About MyGooners 807 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply