Connect with us

Arsenal

“Saya sangat gembira, berbangga!” – Alex Runarsson

Published

on

Penjaga gol Iceland ini membesar melihat aksi pemain seperti David Seaman dan Jens Lehman, dan kini dia mempunyai peluang untuk mengikuti jejak langkah mereka.

“Saya sangat gembira, sangat berbangga, ia satu hari yang besar buat saya dan keluarga saya. Saya tidak sabar untuk memulakannya!” dia memberitahu Arsenal.com.

“Ia salah satu kelab terbesar di dunia – mereka telah memenangi liga sebanyak 13 kali, Piala FA 14 kali, sebuah kelab yang besar dan sudah tentu bermain di Liga Perdana Inggeris juga, ia situasi menang-menang.

Advertisement

“Saya tahu banyak kerja kuat diperlukan, tetapi saya bersedia untuk melakukan segala yang saya boleh untuk mendapat seberapa banyak minit yang mungkin.”

Runarsson pernah bekerja dengan jurulatih penjaga gol kelab, Inaki Cana, semasa mereka berdua berada di Denmark dan dia berkata jurulatih Sepanyol ini merupakan faktor penting untuk dirinya membuat keputusan untuk berpindah.

“Hubungan kami, sejak mengenali satu sama lain empat tahun lepas, sangat bagus,” katanya. “Kami sentiasa berhubung walau saya bermain di Perancis dia menjadi jurulatih di sini di England. 

“Dengan dia berada di sini, sangat penting bagi saya yang seseorang yang saya kenal berada di sini dan saya tahu yang dia mengetahui kualiti saya, dan apa yang saya perlu pertingkatkan dan apa yang saya boleh bawakan ke kelab. Saya fikir kami akan serasi, sepadan, untuk kali kedua dalam karier saya!”

Advertisement
Jurulatih penjaga gol Arsenal, Inaki Cana, menjadi faktor penting Alex Runarsson sertai Arsenal