Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Sergio Aguero bakal diketepikan selama dua bulan

Published

on

Sergio Aguero tidak dapat beraksi selama dua bulan lagi kerana kecederaan lutut yang dialami pada bulan Jun, kata Pep Guardiola.

Pemegang rekod penjaring gol terbanyak City itu hanya bermain selama 55 minit sejak musim 2019/20 bersambung kembali tetapi diharapkan dapat kembali pada awal kempen baru ini selepas menjalani pembedahan.

Walaubagaimanapun, selain diketepikan dari perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris Manchester City menentang Wolves pada Isnin nanti, Aguero juga bakal terlepas perlawanan menentang Leicester pada hujung bulan ini dan Arsenal pada 17 Oktober.

Advertisement

Penglibatan pemain berusia 32 tahun ini menentang Liverpool di Etihad pada 7 November ini juga menjadi persoalan.

Ditanya mengenai keadaan Aguero menjelang kunjungan ke Wolves, Guardiola berkata: “Kami tahu kecederaan itu sukar. Dia melakukan kerjanya. Saya fikir dalam satu bulan, dua bulan, dia akan bersedia.

“Dia perlu kembali ke atas padang dan mendapatkan kembali keadaan fizikal. Sergio bukanlah lelaki yang cepat mendapatkan kembali keadaan fizikal.

“Dia masih tidak sertai satu pun sesi latihan bersama kami.”

Advertisement

Pemain pertahanan Aymeric Laporte juga mungkin tidak akan bermain di Molineux selepas mendapat keputusan ujian positif virus corona pada awal bulan ini.

Laporte merupakan salah seorang dari dua pemain City yang mendapat keputusan ujian positif virus itu, bersama-sama dengan Riyad Mahrez.

Guardiola berkata: “Riyad telah kembali tiga atau empat hari lepas. Dia dalam latihan tetapi hari ini (Jumaat) merupakan hari pertama Aymeric Laporte kembali kepada kami.

“Saya fikir Riyad boleh diturunkan tetapi Laporte belum boleh lagi.”

Advertisement