Sheffield United sambar dua pemain Derby County

Max Lowe

Sheffield United telah melengkapkan perpindahan £15juta untuk dua pemain Derby County iaitu Max Lowe dan Jayden Bogle.

Kedua-dua pemain ini menandatangani kontrak empat tahun di Bramall Lane.

Pengurus Derby Phillip Cocu tidak sertakan dua pemain bek sayap dari skuad perlawanan Piala Carabao menentang Barrow di Pride Park pada Sabtu lepas, yang dimenangi the Rams menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan.

“The Championship telah menjadi tempat pengambilan pemain yang bagus untuk kami dan saya mahu membawa masuk beberapa pemain muda yang akan memberikan persaingan mendapatkan tempat (kesebelasan utama,” kata pengurus kelab Chris Wilder.

Jayden Bogle

Jayden dan Max akan memberikan tekanan tinggi ke atas George (Baldock) dan Enda (Stevens). Ianya sangat penting untuk kami mempunyai karekter yang tepat, ciri pemain yang tepat, berciri atlit dan sangat bagus secara teknikal, mereka berdua merupakan pemain sayap zaman moden dan saya menanti untuk bekerja bersama mereka.

“Kami mempunyai perancangan yang jelas dan pengenalan apa yang kami perlukan dan kami akan melalui proses tersebut. Kami menandatangani pemain-pemain bukan sekadar orang lain juga mahukan mereka, tetapi kami menandatangani pemain-pemain ini kerana mereka sesuai dengan kami.

“Ia permainan untuk semua orang, ini bukan satu amaran, ia satu fakta dan saya berterima kasih sekali lagi buat ahli lembaga pengarah kerana memastikan kedua-dua pemain ini diperolehi secara tetap kerana ia satu urusan perniagaan yang bagus untuk kelab bolasepak.”

0Shares

Be the first to comment

Leave a Reply