Connect with us

Bayern Munich

Thiago sertai Liverpool dari Bayern Munich

Published

on

Pemain perancang Bayern Munich ini telah sertai Liverpool dengan yuran perpindahan £20 juta.

Para peminat Liverpool di seluruh dunia sudah menjangka ketibaan pemain perancang hebat ini, dari penyandang juara Bundesliga ke penyandang juara Liga Perdana Inggeris.

Yuran perpindahan Thiago Alcantara adalah £20 juta dan boleh meningkat sehingga £25 juta.

Advertisement

Pemain antarabangsa Sepanyol ini menandatangani kontrak empat tahun di Anfield dan akan menggunakan nombor jersi bernombor 6 nanti.

Thiago, 29 tahun, telah membantu Bayern memenangi treble pada musim lepas, selepas menewaskan Paris Saint-Germain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Lisbon bulan lepas.

“Saya fikir ia satu perasaan yang hebat. Sudah lama saya menunggu saat ini dan saya sangat, sangat gembira untuk berada di sini,” kata Thiago kepada laman sesawang rasmi Liverpool.

“Apabila tahun-tahun berlalu, kamu cuba memenangi seberapa banyak yang kamu boleh – dan apabila kamu menang, kamu mahu menang lebih banyak. Saya rasa kelab ini menggambarkan diri saya juga; saya mahu mencapai semua sasaran, memenangi seberapa banyak trofi yang boleh.

Advertisement

“Ia juga mengandungi jenis keluarga seperti ini yang saya perlukan kerana kami mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kelab dan saya fikir saya merasainya, saya akan mempunyai perasaan ini, dengan kelab ini juga.

“Saya mesti menyesuaikan diri ke dalam pasukan secepat mungkin dalam situasi dan konteks kehidupan kita sekarang.

“Segalanya lebih padat dan kami bermula lebih lambat sedikit, tetapi ia masih bolasepak dan saya rasa kami perlu mencampurkan semua perkara baik yang kami ada. Saya akan membantu pasukan dalam defensif dan ofensif dan juga dalam aspek mental.

“[Para peminat] tidak segirang saya – sudah pasti tidak! Ia bukan mengenai berkata-kata, ia mengenai melakukan perkara tersebut. Saya akan memberikan hati saya di atas padang kepada rakan-rakan saya, kelab, dan juga para peminat.”

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply