Tiada perbincangan pembaharuan kontrak Lacazette.

Pengurus Arsenal mendedahkan bahawa tiada perbincangan kontrak dengan Lacazette.

Arsenal masih belum memulakan perbincangan mengenai pembaharuan kontrak dengan Alexandre Lacazette dan perkara ini diakui sendiri Mikel Arteta.

Kontrak semasa Lacazette bersama The Gunners akan berakhir pada Jun 2022, namun masa depan pemain itu menjadi bualan setelah terdapat spekulasi mengenai perpindahannya musim panas ini.

Pemain yang dibawa masuk dengan nilai perpindahan mencecah £52 juta (£46.5 juta ditambah bonus £6.1 juta) menjaringkan gol ke-50 untuk Arsenal semasa kemenangan 2-1 ke atas West Ham di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Alexandre Lacazette telah menjaringkan gol ke-50 untuk Arsenal dalam semua pertandingan menjadi pemain Perancis keempat yang mencapai jumlah ini untuk kelab setelah Thierry Henry (228), Robert Pires (84) & Olivier Giroud (105).

Tetapi belum ada perbincangan untuk pemain berusia 29 tahun itu untuk memperbaharui perjanjiannya di Arsenal, Arteta kemudiannya mengesahkan.

“Pada masa ini, kami belum memulakan rundingan, “katanya.

“Masih banyak perkara yang harus dilakukan di pasaran dan pada masa ini kami memberi tumpuan kepada perkara-perkara tersebut.”

Arteta mengatakan bahawa dia gembira dengan Lacazette, yang tiba dari kelab Lyon pada tahun 2017.

“Dia seorang pemain yang saya sangat gembira dengannya.

“Saya rasa kami telah menunjukkan kepadanya banyak kepercayaan sejak saya tiba di sini.

“Tetapi kami tidak mahu dan tidak akan memulakan spekulasi.

“Kami tahu bahawa mana-mana pemain yang berada di bawah dua tahun kontrak mereka. selalunya akan dibincangkan.” katanya.

466Shares
About MyGooners 808 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply