Tiga lagi pemain PSG positif ujian COVID-19

Sudah enam pemain Paris Saint-Germain (PSG) dijangkiti virus corona – termasuk pemain bintang Brazil iaitu Neymar.

Ini satu tamparan besar dalam persediaan juara Perancis untuk musim baru, dan pemain-pemain ini akan menuruti protokol berkaitan kuarantin.

“Ujian SarsCoV2 PCR yang terakhir di kalangan ahli pasukan PSG mengesahkan keputusan tiga kes positif baru,” tulis kelab itu di akaun Twitter.

“Pemain-pemain ini akan mengikuti prokotol kesihatan yang bersesuaian.”

Berita ini hadir dalam 24 jam selepas tiga lagi pemain PSG mendapat keputusan positif, dan Neymar berada dalam kumpulan tersebut.

Musim domestik Perancis sudah pun bermula tetapi PSG belum bermain lagi kerana penglibatan mereka dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

PSG dijadulakan menentang Lens dalam perlawanan pembukaan French Ligue 1 2020/21 enam hari selepas kekalahan 1-0 kepada Bayern dalam perlawanan akhir itu, tetapi perlawanan itu akan dimainkan selepas rehat perlawanan antarabangsa, memberikan mereka 12 hari persediaan musim baru.

1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply